Wednesday, June 26, 2013

BANANA MUFFINS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah dapat bersua lagi malam ni di alam maya..sebelum membaringkan diri di atas tilam empuk moh kita jamu mata sat dengan mapin pisang~~~Dah lama buat baru dapat tayang kat sini^^ Mapin nih permintaan dari puteri tersayang..nampak je pisang kat tesco terus je jerit nak banana nak banana!! sungguh kuat jeritannya itu..amek je 5 biji pisang cavendish terus diam tersenyum gumbira..alahai anakku

Resepi mapin nih yana amek kat dapur adik Tun Telani yang sangat rajin memasak itu ^__^..memang keje senang kan Tun..pakai senduk je pahtu kita bako hehee..Kejadian mapin ni sangat lah sedapppp..lembut..gebuss..bagi penggemar pisang harus cuba resepi nii..tq Tun atas perkongsian resepi yang simple je nii tapi hasilnya cukup puas hati..jom semak resepinya~~~





BANANA MUFFINS
Resepi: allrecipe.com
Sumber cuci mata: Tun Telani

BAHAN-BAHAN:-

1 1/2 cawan tepung
1 sk baking powder
1/2 sk baking soda
3 biji pisang - mashed, tun guna pisang berangan~ yana guna pisang cavendish
3/4 cawan gula - boleh kurangkan sket klu xnak manis sangat
1 biji telur
1/3 cawan melted butter - Tun & yana guna minyak

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Ayak tepung, baking soda, baking powder dan garam
  2. Gaulkan pisang, gula, telur dan butter dgn mangkuk. kaup balikkan tepung dalam adunan pisang.
  3. Masukkan dalam acuan muffin dan bakar 180c dlm 10-15 minit utk saiz mini atau 20-30 minit saiz besar
Selamat Mencuba :-)

AYAM GORENG PERCIK BERKUAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Apa khabar semua? doa yana semoga semuanya sihat dan ceria2 jew^^..lebih 2 minggu puan dapur menghilangkan diri tanpa berita..ada yang merindu tak hihiii..Ekceli x hilang pun cuma puan tanah mengalami gangguan kesihatan~ demam+selsema+batuk..cukup pakej hohooo..


Alhamdulillah..sekarang dah beransur pulih..tangan dah gatal nak memulakan tugas di dapur^^.. pe2pun kita layan dulu menu yang sangat best ini..Ayam Goreng Percik Berkuah..tak rugi cuba.. memang sedappppp nak buat pun senang..Terima kasih pada penyumbang resepi oshin@MyResepi.. mintak halal ye yana share kat sini pulak~~~



AYAM GORENG PERCIK BERKUAH

BAHAN-BAHAN:- ( 6-8 orang )

BAHAN A
1 ekor ayam ( dipotong sederhana ) - dilumur kunyit, garam & digoreng ( jgn terlampau garing )

BAHAN B (* digiling dan ditumbuk halus )
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

BAHAN LAIN
2 batang serai ( dititik )
15 tangkai cili kering ( dikisar ) ~ yana letak 1 1/2 sb cili kisar sbb xnak pedas sgt
1 biji kelapa ( ambil santannya ) ~ yana guna susu cair
 4 - 5 keping asam keping
Gula & garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN;-
  1. Mula2 gorengkan ayam dan ketepikan.
  2. Kemudian tumiskan bahan B hingga wangi
  3. Masukkan 2 sudu besar kisar & serai. Tumiskan hingga naik minyak
  4. Masukkan santan, ayam goreng dan asam keping
  5. Masukkan juga garam & gula secukup rasa
  6. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan hidangkan

Selamat Mencuba :-)

Thursday, June 13, 2013

RED VELVET CUPCAKES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Finally!! terrrbuat jugak kek velvet yang tersangat ler femes amos itu ^__^..orang lain dah bertahun buat..kita je baru nak cuba hihii..setelah sekian lama projek pembikinan asyik tangguh je maka baru minggu lepas jadi ^^ Yana buat versi cupcakes..saje nak main deko2 dengan damia yang ntah apa2 dekonya hihii..Nak tengok deko yang cantik yang lawa sila gugel sendiri la ekkkss~~~ 

Yana copypaste je resepi cupcakes ni dari dapur tokey kek yang sedang rancak bisnesnya Kak Ana ~~ moh kita cuci mata dengan cupcakes yang comot je nii..tangan ku betul2 keras nak mendeko~~




RED VELVET CUPCAKES
Sumber : Nurul@cake2u
Sumber 2 : Kak AnnaQawina

BAHAN A :

300 gm tepung gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1camt garam

BAHAN B :

125 gm mentega tawar ( * Kak Ana & yana guna buttercup )
280 gm gula kastor

BAHAN C

2 biji telur ( gred B )

BAHAN D :

1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih
1 camt pewarna merah

BAHAN E :

240 ml buttermilk ( saya guna jenama pauls-ada dijual di cold storage & kedai2 bakeri supply ) * Kak Ana & yana guna bancuhan susu segar/susu cair dgn cuka ( campurkan 240ml susu segar ( susu cair) dan 1 sdb cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan )

Cream Cheese Icing :

360 gm cream cheese
70 gm mentega
200 gm gula icing

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Ayak ( A ) - ketepikan
  2. Pukul ( B ) sampai kembang dan ringan. Masukkan ( C ) satu persatu dan pukul lagi
  3. Masukkan ( D ) - pukul hingga sebati
  4. Masukkan tepung yang diselang seli dengan buttermilk - pukul hingga sebati
  5. Masukkan batter/adunan dalam acuan cupcakes dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit. Isi 1/2 cup sahaja ya..
  6. Sejukkan dan hias dengan cream cheese icing.
UNTUK ICING:-
  1. Pukul mentega & cream cheese hingga kembang dan masukkan gula icing..kacau sebati
  2. Hiaskan ikut suka

Selamat Mencuba :-)

Monday, June 10, 2013

NASI AYAM IPOH

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Menu minggu minggu minggu yang lepas hohoho ^^..Ekceli Nasi Ayam Ipoh ni yana buat sempena sambutan anniversary kami yang ke 4 pada 30 Mei yang lepas..Tak sempat nak buat entry sebab anak-anak tak sihat masa tu..1st time Damia & Darwisyah demam serentak..kelam kabut jugak hidup kami sepanjang minggu tuh..dugaan~~~

Okess..males nak citer banyak pasal nasi ayam yang best sangat nih..dah ramai yang mencubanya..yana pun dah banyak kali buat..sedapppppp..Tq Kak Q sayang share resepi kesayangan~~~~

NASI AYAM IPOH

BAHAN-BAHAN:- ( Sekeluarga )

BAHAN NASI

4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih* ( bahan*ditumbuk lumat )
3 helai batang daun bawang ( ambik bhgn bawah dia..yg ada buah dia tu sekali )
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega + sedikit minyak masak
1 sudu kecil garam

BAHAN AYAM

1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*( bahan* ditumbuk lumat )
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( klu xde pun xpe ) ~ yana guna brown sugar
2 sudu besar kicap pekat ( optional )

BAHAN SUP

Air secukupnya
4 biji bawang putih ~ diketuk
3 inci halia ~ dihiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang ~ dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah
Garam

BAHAN CILI

10-15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia ( ambil dari rebusan ayam )
5-6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari rebusan ayam
garam dan gula secukupnya

BAHAN KICAP

5 biji cili burung
sedikit halia ( ambil dari rebusan )
4-5 biji bawang putih
kicap pekat dan kicap cair secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dengan air secukupnya ( utk pekatkan )
2 sudu besar sos tiram

BAHAN TAMBAHAN

tomato, salad, daun sup dan bawang, timun, bawang goreng

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Mula2 buat air rebusan ayam ( bahan2 dalam sup ) masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. Tutup periuk dan masak hingga didih.
  2. Selepas air mendidih, masukkan ayam, biar ia masak selama 20 minit. Selepas 20 minit angkat ayam dan toskan.
  3. Cara untuk masak nasi, mula2 masukkan majerin dan minyak masak dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yang telah ditumbuk lumat. Biar naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. Kacau2 sekejap kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. Biarkan hingga nasi masak.
  4. Peneyediaan ayam. Ayam yang telah ditoskan tadi dimasukkan ke dalam satumangkuk besar. Masukkan bahan * yang telah ditumbuk lumat dan semua bahan2 lain. Kacau rata dan biarkan 1/2 jam. Selepas ayam diperap, bolehlah digoreng atau dibakar dlm oven. Kalau nak goreng jgn goreng terlalu lama. Agak2 dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. Cara penyediaan cili. Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  6. Cara penyediaan kicap. Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panaskan atas dapur. Agak2 dah panas bolehlah dimasukkan tepung jagung dicampur air secukupnya untuk memekatkan kuah.
  7. Cara penyediaan sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. Kalau air rebusan dah berkurangan bolehlah dicampur dengan air biasa. Masak hingga didih. Perasakan sup.
  8. Selepas semua dah masak, bolehlah dimakan..cara penyediaan..timun, tomato dipotong nipis2..daun sup dan bawang dipotong halus dan dimasukkan ke dalam sup tadi.

(nota: kalau ikut resepi asal...nasi tu letak skit lemak ayam kat dlm dia masa nak tumis tu..saya kadang2 kalau rajin buat..kalau malas saya tak letak pun...sup tu kalau tak dek sengkuang elok tambahkan rempah tumis  4 sekawan tuk naikkan rasa dia....)

Selamat Mencuba :-)

Tuesday, June 4, 2013

BASIC BREAD : GARLIC FINGER BREAD

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Jom meroti ^__^ Mood nak meroti baru mari heheee..Dah setahun lebih yana tak meroti..Panjang betul percutian cik BM kali nih..Mood nak meroti memang takde langsung masa preggy hinggalah skg ni baby dah 9 bulan baru rasa terasa rindu pada BM yang dah banyak berjasa..Nasib baik dia tak merajuk hihii

Garlic Finger Bread salah satu virus roti yang menular kawan2 blogger kita sedikit masa lalu hohooo~~~ Masa Garlic Finger Bread tengah hot, mood nak meroti yana betul2 kelaut^^sana sini tayang tapi kita buat tak tau jerk^^ Bread yang montok2 nih yana buat 2 hari lepas..macam biasa, bacis dough yang ni jadi pilihan..macam2 jenis roti boleh jadi dengan basic dough yang tersangatlah gebus dan lembutnya ini^^yana makan bersama Creamy Chicken Soup yang pernah hot jugak dulu~~jom layan



BASIC BREAD RECIPE
Resepi : Puan Roshayati Johari ( no link )
Sumber 1 : Mamafahmi

BAHAN A
500 g tepung roti
100 g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener - optional ~ yana x letak
1 sk bread improver - optional ~ yana x letak
4 sk yis @ 11 g yis mauripan

BAHAN B
250 ml air
1 biji telur - pukul sedikit

BAHAN C
80 g marjerin

BAHAN D
Gula kasar - yana x letak

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Gaul sebati bahan A
  2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin
  3. Masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
  4. Biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30 - 40 minit
  5. Tumbuk2 untuk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. Susun dalam loyang, spraykan sedikit air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda
  6. Taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180c selama lebih kurang 30 minit.
  7. Bila dah masak, keluarkan dan sapu dengan majerin untuk permukaan yang berkilat.
ATAU

KAEDAH BM
  1. Masukkan semua bahan kecuali Bahan D dlm Bread Maker, pilih setting doh ( dlm sejam setengah )
  2. Bila BM dah siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 untuk buang angin dia.
  3. Bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. Susun dalam loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
  4. Taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180c selama lebih kurang 30 minit.
  5. Biladah masak keluarkan dan sapu dengan majerin untuk dapat permukaan yang berkilat.
CARA IZAH UNTUK FINGER GARLIC FINGER:
 ( Cara Kak Nor sgn67 )

Bila doh sudah diproof dan dibuang angin, ambil doh sebesar 50gm, bulat2kan dan ratakan doh @ canai doh menggunakan penggelek. Kemudian gulung doh tadi menjadi bentuk finger bun. Ulang lagi sehingga semua doh habis.

Proff doh tadi sehingga kembang dan sapu garlic spread diatas permukaan roti. Bakar roti pada suhu 180c selama lebih kurang 25  minit atau hingga permukaan roti perang. Dihidangkan bersama mushroom soup. Enjoy!!

GARLIC SPREAD

50gm butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus ~ yana ganti oregano kering
Sedikit lada hitam kisar ~ yana x letak

CARA PENYEDIAAN:-
Gaul semua bahan. Siap digunakan


Selamat Mencuba ;-)