Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^
Menu kami sefamily hari ini Nasi Ayam Goreng..Dah 2 3 kali yana buat nasi ni lepas terskodeng kat dapur Kak MaDiHaA..Sedap dan senang nak prosesnya~
Tak leh nak bebel panjang lebar malam ni..nak meronda ke rumah kawan2 sat sebelum masuk beradu..Dah seminggu xsempat meronda..hurmm..mesti dah banyak terlepas resepi best ^^
NASI AYAM GORENG
sumber 1: mek jah ( copy midza ) ~ xde link
BAHAN-BAHANNYA:-
Bahan untuk ayam:
1 ekor ayam - dipotong 12 ketul ( tak kira pun potong berapa..belasah jek :)
2 sudu kecil garam*
1 sudu besar serbuk kunyit*
1 sudu besar rempah kari*
CARA PENYEDIAAN:-
Ayam di potong 12, bersihkan dan toskan..gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari.. perap sebentar dan goreng seperti biasa.. ( jgn garing sangat )
* setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.
Bahan untuk masak Nasi:
1 sudu besar rempah kari
1 inci halia - tumbuk kasar
4 ulas bawang merah - tumbuk kasar
2 ulas bawang putih - tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar - potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/daun ketumbar
4 cawan beras basmathi - cuci toskan
4 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
sedikit minyak ~ yana guna extra virgin olive oil
sedikit marjerin (MaDiHaA tambah) ~ yana xletak
CARA PENYEDIAAN :-
- Panaskan minyak dan sedikit marjerin, tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga serta bahan-bahan yang ditumbuk, serbuklada hitam dan rempah kari hingga wangi.
- Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
- Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. (ayam tu MaDiHaA masukkan sikit jer sbb hubby suka mkn ayam yg garing2- yana letak semua sekali ^^) masak nasi hingga masak. ( MaDiHaA masak guna periuk biasa & masak atas dapur gas jer..ikutcara2 masak nasi putih..iaitu tutupkan tudung periuk apabila nasi dah kering & perlahankan api yang paling kecil sekali lebih kurang 5-7 minit..jangan buka tutup periuk sehingga nasi benar2 masak. Buka tutup periuk bila sedia nak hidang barulah buka & karihkan nasi tersebut. )
Selamat Mencuba :-)