Wednesday, August 24, 2011

KETUPAT SOTONG~ 23 RAMADHAN

Assalamualaikum..dah hampir seminggu x menjenguk blog kesayangan nii..sory kepada semua yg sudi singgah..ekceli tuan umah bz memanjang lepas balik dari kampung ari tu and tambah lagi my baby damia demam..ibu xleh nk berfoya2 lah di alam maya hehee..mmg penat sgt rasanya minggu nii..byk benda nak kena setle sebelum blk klate hari Jumaat nii..

Bebuka tadi walaupun bz tapi sempat jugak yana buat ketupat sotong..ini adalah pertama kali yana buat sendiri ketupat sotong ni yee..nasib baik menjadi dan memang sedap resepi Mak Yong dari Myrespi..Ketupat sotong ni yana buat and yana sendiri kna abiskan coz en.hubby xmkn sotong serta makanan yg manis..jom je lah kita intai resepi nii..mmg feveret yana dari dulu lg klu bln pose mst jgk kena mkn ketupat sotong nii..dh cari kat bazar ramadhan sini and xde..so, kena lah bt sendiri walaupun bt dgn 3 ekor sotong yg kecik jee hehee..jom layannn :=)


KETUPAT SOTONG 





Bahan-bahan ( 10 ekor )

  • 10 ekor sotong sederhana besar
  • 1 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 keping gula melaka
  • sedikit garam
  • gula secukupnya
  • sehelai daun pandan
  • 10 batang lidi- 3-4cm panjang

CARA NAK BUAT:-

  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
  3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
  4. Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
  5. Ambik sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.

Selamat Mencuba :=)

Thursday, August 18, 2011

MURTABAK MAGGI~ 18 RAMADHAN

Assalamualaikum..sorry semua mlm ni xleh nk story panjang2..nak sambung projek mengkukis plak kejap lagi hehee..juz nk tayang menu  berbuka tadi..murtabak maggi resepi yg dikidnap dari umah CMG lagii..walaupun kejadiannya tidaklah secantik seperti di umah CMG namun murtabak ini mmg sedap dan kami kekeyangan..buat murtabak ni dlm kekejaran masa td..bz nk mengkukis jee ari nii..xsedar langsung dh hampir jam 6..siap je murtabak maggi ni terus snap dan ini lah hasilnyaa...hmm..lepas ni pasti bt yg lebih cantik mempesona..:-)

Jom jelah kita semak resepi nii..asalnya dari umah MamaFami and yana kopis je dari umah CMG..tq kepada kedua2 otai yg slalu memberi inspirasi pd yana utk rajin jenguk dapur..ngeee.. pssttt..yana nk siapkan kukis plak nii..xsempat nk ronda2 mlm nii..sorry yee semua..esk nk blk umah mertua so,niat dihati nk bg 2 3 balang kukis kat mertua..cewaaahhh..baik sggh menantu nii kann..ahaksss.. jom layannn :-)

MURTABAK MAGGI


BAHAN-BAHAN:-

1 paket mee segera perisa kari
2 biji telur
150 gm daging cincang
1 biji bawang besar ( cincang )
1 ulas bawang putih ( tumbuk )
1 biji cili merah ( hiris halus )
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam
Serbuk perasa


CARA NAK BUAT:-

  1.  Asingkan mee segera dari rencahnya. Celur mee segera tadi hingga lembut dan toskan. 
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga perang, masukkan perencah mee maggi, serbuk lada hitam dan daging cincang. Kacau rata dan tuang sedikit air, masak dengan api perlahan hingga hampir kering. 
  3. Kemudian masukkan hirisan cili merah, hijau dan garam secukup rasa. kacau kejap dan boleh matikan api.
  4. Dalam satu mangkuk lain, masukkan 1/2 bahagian mee dan 1/2 bahagian daging gaul rata. Pecahkan 1 biji telur, kocok sedikit dan tuang dalam mangkuk berisi bahan2 tadi. Kacau rata dan tuang ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak masak.
  5. Masak dengan api perlahan sehingga permukaannya mengeras (nak cepat tutup sekejap), dan terbalikkan. Masak untuk 1 - 2 minit lagi hingga kuning keemasan. Alihkan ke dalam pinggan. Buat kaedah yang sama untuk baki bahan2 tadi.
  6. Potong murtabak maggi tadi ikut kreativiti masing2 dan hidangkan bersama bawang jeruk, kalau ada kari dhal pun sedap, nak hidang dengan cili sos pun ok, thousand island sos pun boleh..Selamat Mencuba :=)

Wednesday, August 17, 2011

GERMAN COOKIES~17 RAMADHAN

Assalamualaikum..bersua lagi kita..malam ni nak tayang kukis yg buat petang tadi..German Cookies yg tgh hot skg nii hehee..Dah ramai blogger lain yg buat..Yana je baru ada kesempatan nak buat kukis nii..mmg sedap sgt..lemak2 berkrim gituu..lepas ni kna buat lagi kot utk raya..hari ni punya kita test dulu..


Resepi asal kukis ni oleh Rima..jom je lah kita semak resepi kukis nii..xleh nk bebel panjang2..Damia dh kacau ibu dh..mlm ni tinggal kami berdua jee..en.hubby kna cari rezeki lagi mlm nii hehee..layann :=)




BAHAN-BAHAN:-

  • 125 gram mentega
  • 125 gram tepung kentang/potato starch (boleh beli kat kedai baking)
  • 80 gram tepung halus (yana guna tepung gandum)
  • 40 gram gula aising, diayak
  • Secubit garam (resipi asal tak letak)

CARA NAK BUAT:-

  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan, kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

SELAMAT MENCUBA :-)

WORDLESS WEDNESDAY #4

Assalamualaikum...salam Nuzul Al Quran 17 Ramadhan :=)



Tuesday, August 16, 2011

GULAI KUNING IKAN KEMBUNG~ 16 RAMADHAN

Assalamualaikum semua..hari ni dah 16 Ramadhan..InsyaAllah 10 hari lagi yana nk blk kg kat Pasir Mas..rindunya nk berbuka puasa dgn mama..Hmm..stop dulu citer pasal blk kg..ekceli hari ni yana masak gulai lemak kuning ikan kembung..1st time masak gulai ikan nii..nsb baik menepati citarasa pemakannya iaitu en.hubby hehee..resepi ni main campak2 je..pagi tadi call mama tnya resepi nii..biasalah otai kan..semua main campak jee..so, yana pun ikut je lah campak msk dlm periuk yee..bkn campak luar hehee..


Jom je lah kita intai resepi nii..yana suka bau wangi lengkuas dgn kunyit hidup..aduss..mmg mkn byk bebuka tadi.. jom layannnn :=)


GULAI KUNING IKAN KEMBUNG




BAHAN-BAHAN:-


3 ekor ikan kembung ( potong 2 )
4 biji bawang merah ( tumbuk halus/kisar )
2 ulas bawang putih ( tumbuk halus/kisar )
1 inci lengkuas ( tumbuk halus/kisar )
1 inci kunyit ( tumbuk halus/kisar )
1 sudu besar cili giling/cili kisar
1 kotak kecil santan
1/2 cawan air
1 keping asam keping
2 biji cili merah
4 biji bendi
Garam 
Gula
Serbuk perasa


CARA NAK BUAT:-
  1. Masukkan semua bahan tumbuk/kisar kedalam periuk. Kemudian masukkan santan, air dan asam gelugor. Biarkan sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan ikan. Kacau dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan lagi hingga kuah menjadi sedikit pekat.
  3. Last masukkan bendi dan juga cili merah. Masak  lagi 2 hingga 3 minit. Boleh tutup api dan siap untuk dihidangkan..
Selamat Mencuba :=)

Monday, August 15, 2011

KUIH BAKAR~15 RAMADHAN

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah hari ni dah 15 hari kita berpuasa..kejap je masa berlalu.. Dalam kesibukkan ptg tadi sempat jgk yana curi masa bt kuih bakar..dh lama teringin nak bt lepas tgk Cik Cek dgn Tun buat hari tu..sambil duk terkejar2 dgn damia siap jgk kuih bakar yg x begitu menawan ni tapi sedap dimkn hehee..

Yana bt separuh adunan jee..xleh bt byk2 nnt xabis plak..mkn 2 biji pun dh kekeyangan..Jom je lah kita intai resepi sedap nii..nk bt pun kejap jee..yana copy je resepi ni dari umah Cik Cek..mintak izin ye kak Cek..share kat sini plak..layannn :=)

KUIH BAKAR




BAHAN-BAHAN:-
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 - 3/4 cawan gula..( nak kurangkan pun boleh...)
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis...
  • 2 biji telur gred A
  • 300 ml santan...( aku guna sekotak santan Ayam Brand -200 ml + 100 ml air...)
  • 125ml jus pandan...(kisar 3 - 4 helai daun pandan dgn air....tambahkan air kemudian tuk dapatkan 125ml jus pandan...)
  • 1 sudu besar minyak masak canola...( resepi asal guna minyak sapi yg dicairkan....)
  • 1 sudu kecil pandan paste Nona...( nak guna jenama lain pun boleh...)
  • Beberapa titik pewarna hijau apple STAR BRAND...
  • Bijan secukupnya utk ditabur atas permukaan kuih....

CARA-CARA PENYEDIAANNYA
  • Campurkan bahan2 kering ...tepung...gula ....garam dan serbuk kayu manis kedalam mangkuk....gaul sebati...ketepikan....
  • Campurkan pula bahan2 cair....telur....santan...jus pandan  dan minyak masak canola...kacau sebati....
  • Campurkan bahan2 cair kedalam bahan2 kering tadi....gunakan whisker gaul sebatikan adunan.....masukkan pandan paste dan juga pewarna hijau....tapiskan adunan......
  • Panaskan oven 200 darjah celcius...( aku guna microwave...)panaskan baking pan sekitar 3 minit....kuarkan dari oven...sapukan/spray minyak masak kedalam acuan baking pan....
  • Tuangkan adunan kuih bakar kedalam acuan baking pan....taburkan bijan diatas permukaan kuih...bakar dalam lingkungan 20 - 30 minit atau sehingga kuih bakar masak...kalau suka kuih bakar yg agak garing permukaan dan bahagian tepinya bolehlah dipanjangkan sedikit waktu membakarnya...terpulang citarasa masing2 k....jgn lama2 sgt lak dibakar...garing dan keras lak jadi kuih bakar tu nanti....
  • Siap dah...biarkan sejuk...sebelum dikeluarkan dari acuan....senangkan....
Selamat Mencuba :=)

Sunday, August 14, 2011

ASAM PEDAS IKAN CENCARU~ 14 RAMADHAN

Assalamualaikum semua..Dah beberapa hari yana cuti bw umah kengkawan..xsempat nk berbuat demikian tp InsyaAllah nnt ada masa yana nak merempit semua umah hehee..Hari ni kami berbuka dengan juadah yg biasa2 je..aduss males rasanya nak masak..ekceli yana skg dlm mood nak blk kg jee..hati duk igt kat kg halaman dah..rindunya nak blk mkn akok bln puasa..kat Kepala Batas ni xde org jual akok..hmm..ssh jgk klu dh tekak klate ni kan :=)

Jom je lah kita layan resepi bebuka tadi..klu males nk masak mmg ini lah resepinya..masak asam pedas..cepat senang dan menyelerakan kat umah nii..semalam p tesco and ada ikan cencaru murah..beli 3 ekor baru rm2.80..sekor besar and 2 ekor lg x begitu besar..yg x begitu besar tu yana msk asam pedas..best jgk ikan ni msk asam pedas..Jom je lah kita layan resepi nii..kejap lagi nak sambung projek tergendala ptg tadi..adusss..penatnyaa..layannn :=)

ASAM PEDAS IKAN CENCARU


BAHAN-BAHANNYA :-
2 ekor ikan cencaru
1 genggam daun kesom, cuci dan toskan
1 kuntum bunga kantan ( potong 2)

1/2 cawan jus asam jawa
1 biji buah tomato ( potong 4 )

Garam Gula
Serbuk perasa



BAHAN KISAR HALUS :-
15 tangkai cili kering

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
2 biji buah keras
1 batang serai


CARA MEMBUATNYA :-
  1. Ikan cencaru dibuang bahagian kulit keras, cuci bersih dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing.
  3. Tuang air secukupnya, kacau. Masukkan ikan dan bunga kantan. 
  4. Kemudian masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam secukupnya, sedikit gula dan serbuk perasa. Akhir sekali masukkan buah tomato. Rasa dan jika ok, matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman
Slamat Mencuba :=)

Saturday, August 13, 2011

NASI AYAM PENYET~ 13 RAMADHAN

Assalamualaikum..cepat masa berlalu..hari ni dah sempurna puasa ke 13..Ya Allah..bersyukur pada Mu dengan limpah kurnia yg tidak ternilai ini..kesihatan yg baik agar kami sekeluarga dapat menunaikan kewajipan pada Mu..

Hari ni walaupun males tapi sempat jugak masak nasi ayam penyet ni hehee..ekceli adik ipar datang bebuka kat umah hari ni..nak x nak terpaksa kena merajinkan diri masuk dapur.. Akhirnya siap juga nasi ayam penyet nii..mula2 tgk bahan mcm remeh je nak buat tapi bila dh start buat rasa mcm biasa jee..xde lah remeh sgt..

Yana amek resepi ni kat umah Kak Nor Secubit Garam kesayangan ramai..ngeee..jom je lah kita layan resepi nii..kenyang sgt dh..mata dh mengkuyukan nii tapi ada citer shah rukh khan la plak.. mcm nak tgk jee..yana ni peminat SRK tau..pernah antar surat kat dia 2 kali tp dia xbalas pun..smpai hati dia kan..punya lah kita tulis panjnag berjela nk pikir ayat..tp dia xbalas pun..hahahaa..itu kisah zaman sekolah dulu..malu je nak citer kat damia.. jom layaan nasi ayam ni jee lahh lg best..sorry, skali lg pic di snap dgn cepat..maklum lah dh nk bebuka..pe2pun nasi ayam nii mmg best..layann :=)


Resipi Nasi Ayam Penyet -resipi dari www.resipi4u.com

Ayam xsempat nk penyet..mkn je camtu hehee.

UNTUK AYAM:-
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

UNTUK SAMBAL:--kite suke! tp hati2 dgn cili tue. Edit ikut selera ye :)
  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup.
  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi-yg nie resipi sendiri. kite buat ikut resipi ala2 nasi ayam. utk 2 org makan je nie.
  • 1 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • dua biji buah pelaga
  • satu kelopak (kelopak ke? hehe) bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • separuh kiub pati ayam/daging
  • 2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
  1. Panaskan butter. Tumis 3 ulas bawang putih, kayu manis, bunge lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak cam biasa
Selamat Mencuba :=)

Friday, August 12, 2011

JUS PISANG BANDUNG~12 RAMADHAN

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah dgn anugerah Allah berikan hari nii..Kesihatan yang baik dan rezeki yang sentiasa ada untuk kami sekeluarga sempena bulan yg penuh keberkatan ini..Malam ni xmau citer panjang..Penyakit M dah melanda kembali..cian en.hubby, beli juadah bebuka kat bazar jee tadi..bini dia xmo masak..hmm..biasa lah kot bila dh hampiri waktu dan ketikanya..rasa males sgt nk pgg periuk..rs nak baring jee ( petanda awl nii hehee )

Malam ni juz nk share minuman feberet yana utk bebuka..tak tau kenape yana suka minum jus pisang ni..En.hubby plak xsuka sgt..dia ckp bau lain mcm jee hehee..Tak kisah lah kan..janji kita suka..kita yg buat and kita juga yg minum hehee..bebuka tadi yana buat jus pisang bandung..sedapnya hehee..lepas ni nk try bt dgn ice cream soda plak..mst lg sedap..jom je lah kita layann pic nii.. mata dh hampir layu jee..pkl10 pun belum lg tapi dah rasa seperti mau cari bantal jee ni hehee..jom layann :=)

JUS PISANG BANDUNG


BAHAN-BAHAN:-

1 cawan Sirap Pisang
1 tin susu cair Ideal
3 gelas air sejuk
Gula secukupnya
Ais kiub secukupnya


CARA NAK BUAT:-
  1. Bancuh sirap pisang dengan air dan gula. Kemudian masukkan susu sejat. Kacau.
  2. Masukkan ais kiub dan siap untuk dihidang.
Selamat Mencuba :=)


BENDI GORENG IKAN MASIN~ menu sahur

Assalamualaikum dan salam sahur 12 Ramadhan..Perut masih kekeyangan walaupun makan skit jee..bleh caya ke nii mkn skit jee..ngee..Males nk bebel byk2..kejap lagi azan subuh akan berkumandang..jom intai jap resepi simple sahur tadi..Bendi Goreng ikan Masin..sedap jgk bendi goreng cani..1st jgk yana mkn..slalu mkn sayur kailan je goreng ikan masin..kita layan je laa..nk bw jap sebelum azan kedengaran..layannn :=)



BAHAN-BAHAN :

5 batang bendi ( potong serong )
1 keping ikan masin tenggiri 
2 biji bawang merah ( mayang )
2 ulas putih ( mayang )
2 biji cili api ( potong )
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan

CARA NAK BUAT:-
  1. Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan masin hingga agak garing, kemudian baru dimasukkan semua bawang dan cili api, goreng lagi sampai bawang layu . 
  2. Masukkan sos tiram dan sos ikan. Kacau rata.
  3. Masukkan bendi dan kacau lagi. Jika kering masukkan sedikit air . Bila bendi dah layu boleh lah ditutup api dan siap utk dihidang.
Selamat Mencuba :=)

Thursday, August 11, 2011

BAKED SANDWICH versi bungkus~ 11 RAMADHAN

Assalamualaikum..bersua kembali pada malam yg indah ini..Alhamdulillah masih sempurna puasa 11 Ramdhan hari ini..Hari ni 1st time en.hubby tak nak mkn nasi waktu berbuka.. tengah hari tadi dia call juz gtau nak mkn bege or oblong..waahh..epy betul isteri ini mendengarnya..tak payah masak ari ni hehee..
Pkl6.30 baru msk dapur bakar oblong..males nk guna kuali..ari ni semua kita bako dlm oven..senang keje :=)..Baked sandwich sama je mc yg bt dulu kat SINI tp ari ni rasa nk bungkus plak..yana saje bt coz nak abis kan roti..xperasan esk dah expired..ngee.. tinggal 4 keping jee so, abis kan apa yg ada..inti pun simple yana bt..janji sedap dimkn..jom je lah layan menu simple org males ari ni..layann:=)




BAKED SANDWICH VERSI BUNGKUS

Bahan Kulit/Casing:- 
Roti gardenia secukupnya


Bahan-bahan Inti:-
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 camca serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
200gm - 300gm isi ayam, dicincang
5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Mozarella cheese secukupnya




CARA NAK BUAT:-
1. Lenyek atau gelek roti hingga nipis. 
2. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan ayam & cendawan. Tumis sehingga masak. (jika perlu tambahkan sikit air untuk bagi ayam betul2 masak)
4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga kering.
6. Isikan dalam kulit roti yg digelek nipis tadi. Kemudian cantumkan ke empat2 bucu roti tersebut dan gam kan tepung gandum dicampur sedikir air

7. Kemudian bakar je selama 15 minit. Siap utk dihidang..Simple je kan..

Slamat Mencuba :=)

YEE MEE TOMYAM BERSANTAN~10 RAMADHAN

Assalamualaikum dan selamat bersahur semua..Alhamdulillah bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah hari ini..Sebelum menunaikan kewajipan kejap lagi. sempat lagi ni haa nak bern3 sambil berbw umah kengkawan..perut still kekeyangan la nii..byk la plak mkn nasi tadi hehe..

Jom je lah kita jeling2 kat menu berbuka 10 Ramadhan tadi..untuk menu berbuka tadi yana masak Yee Mee Tom yam bersantan..kat rumah ni mmg feberet tom yam..layann pic je lah ek..semua dh habis..ngeee..layannn :=)




YEE MEE TOM YAM BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:-


2 sanggul Yee Mee
5-7 ekor udang sederhana
1 paket cendawan tiram
4 ulas bawang putih
2 batang serai diketuk 
5 helai daun limau purut
3 sudu besar cili sos
4 sudu besar tomato sos
3 biji cili api (potong)
1 biji buah tomato ( potong 4 )
1/2 labu bawang besar ( potong bulat )
2 sudu besar santan pekat
Carrot
kobis bunga
garam
bahan perisa
air secukupnya
jus limau nipis secukupnya

CARA NAK MASAK :-

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato, serai, daun limau purut. Gaul semua bahan tadi dan masukkan carrot, kubis bunga dan juga cili api. 
  3. Bila dah naik bau masukkan air..klu nak kuah byk lebihkan air. Kacau dan tudung periuk 5 minit
  4. Kemudian masukkan garam dan bahan perisa
  5. Tunggu hingga mendidih baru masukkan bawang besar, buah tomato dan juga santan..Kacau rata 5 minit dan masukkan cendawan. 
  6. Masukkan yee mee dan tutup api. Perahkan jus limau nipis sebelum dihidangkan..
  7. Siap utk dimakan..
Selamat Mencuba :=)