Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^
Alhamdulillah dapat jugak update blog kesayangan hari ni..dah sebulan lebih rasanya blog ni bersawang..Puan tanah kebizian dengan tugas hakiki hehee..Okess..layan entry pembuka bulan mei..Kuih Bakar Daging resepi turun temurun Kak Jee a.k.a Fauziah Samad yang femes amos tu ^_^
Yana buat kuih bakar daging ni untuk berbuka puasa 1 Rejab aritu..lama betul tersimpan dalam folder ^__^..Sedap sangat kuih ni tau..makan dengan cili lagi sedapp..tak sedar dah hampir sebijik makan..Alhamdulillah..kenyang..tak payah makan nasi dah hehee..Jom intai resepinya..mintak izin ye kak jee..yana tampal resepinya kat sini pulak..senang nak cari nanti~~~~layan ^__^
KUIH BAKAR DAGING
Resepi : Kak Jee
BAHAN2NYA:
250 gms daging (¼ kg)
1½ sudu rempah daging (kjee guna babas)
1 labu bawang besar
Garam/aji secukup rasa
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telor
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/margerin
CARA MEMBUATNYA:
Daging dibersihkan dan dibuang semua urat. Cincang sampai halus. Kjee guna daging batang pinang sebab malas nak cincang. Kjee hanya potong kecik2 je. Panaskan kuali. Bubuhlah 1 sudu minyak dan tumis bawang yang telah dicincang. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah dan goreng sampai wangi. Masukkan daging dan masaklah sampai kering. Sejukkan.
Pukul telor hingga kembang. masukkan semua cecair (susu dan air) dan kacau sampai rata. masukkan tepung dan kacau hingga sebati. kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus. Bubuh sedikit saja pewarna kuning dan sedikit garam. Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging tadi kan dah ada perisa. Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar. Ambil acuan kuih bakar. Letakkan keatas dapur, bubuh ½ sudu minyak sapi (atau marjerin) dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras ¾ penuh ke dalam acuan. Biar kira2 satu minit, pastu sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan2. mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. Bila nampak garing pada tepi2 kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 api atas dan bakar guna api atas sahaja (jika ada) selama 15-20 minit. Guna pisau dan keluarkan kuih ketika masih panas. Sambung buat lagi. Makan dengan sos cili. Sedap tau.
Selamat Mencuba :-)