Friday, October 31, 2014

APAM MENTEGA GULA HANGUS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Kuih Apam Mentega ni yana buat minggu lepas lagi..Ramai sangat kengkawan yang tayang kat FB haruslah kita terliur kan hihii..Dah banyak kali jugak yana buat..memang tak pernah puas makan.. anak2 pun memang suka sangat kalau ibu buat kuih macam nii..laju je makan..nyumm..nyumm ~~


APAM MENTEGA GULA HANGUS
Resepi : Kak Sofea
Sumber cuci mata : Kak Yatie

BAHAN-BAHAN :- ( +-50 biji )

Bahan (A) Bahna2 untuk gula hangus :-
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air ( Yana & Kak Yatie guna air panas dan tuang sikit2 )
250 gm mentega

BAHAN (B)
3/4 cawan gula castor
4 biji telur
3 cawan tepung gandum ayak bersama
2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila

Cara penyediaan gula hangus:-
  1. Masukkan gula dalam periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang
  2. Padamkan api ( utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air ) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.
CARA PENYEDIAAN ADUNAN APAM MENTEGA
  1. Putar gula, telur dan esen vanilla hingga kembang dan masukkan gula hangus yang panas tadi.
  2. Kemudian masukkan susu selang selikan dengan tepung gaul semua hingga sebati.
  3. Perap selama 1/2 jam.
  4. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang disapu sedikit minyak. Adunan ini jika dituang penuh kedalam acuan pun tak mengapa sbb semasa masak dia tak naik melimpah.
  5. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 minit - 20 minit. Tutup pengukus dengan kain supaya wap tidak jatuh ke bawah

Selamat Mencuba :-)

AYAM GORENG ALA KFC

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Hari ni tayang menu kanak-kanak riang..Kalau goreng ayam ala kfc macam ni sure terlajak laris kan..makan tinggal tulang hehee..Kali ni yana terskodeng resepi kat dapur toke kek yang makin maju Kak Mas duniaku.. sebelum ni dah ada 2 3 resepi ayam ala kfc yang dah yana cuba..nanti uols selongkar sendiri la ekk ^__^~~~peace~~




AYAM GORENG ALA KFC
Resepi : Saiful Hanie FB ~ xleh nk link
Sumber cuci mata : Mas @ Duniaku

BAHAN A:
Chicken Wing ~ anggaran 5 ketul
garam secukup rasa
kiub ayam ~ yana & mas tambah
1 sudu besar madu
serbuk kari daging dalam 2 sudu besar 
serbuk lada sulah dalam 1 sudu kecil
( semua bahan digaul sebati dengan chicken wing dan diperap selama 2 - 3 jam atau semalaman )

BAHAN B:
1 biji telur

BAHAN C:
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar jagung
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu kecil dry oregano ~ yana tambah
1 sudu besar parmesan cheese ~ yana tambah
( gaul semua tepung2 tu )

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Celupkan ayam yang diperap tadi dalam telur dan golekkan dalam campuran tepung tadi
  2. Goreng dengan minyak yang banyak dan api sederhana dan tutup kuali atau periuk untuk mendapatkan ayam yang lembut dan berjus di dalam dan rangup diluar
Selamat Mencuba :-)

Thursday, October 30, 2014

KARI IKAN ALA MAMAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Hari ni kita layan kari mamak yooo..Dah lama rasanya yana tak buat kari..Kali ni skodeng resepi dari dapur Kak Ratna a.k.a MaDiHaA..Dah lama skodeng baru sekarang dapat menerainya..Betul kata Kak MaDiHaA..memang mebeles resepi kari nii..sedapp..Yana suka sangat kari yang tak menggunakan santan ~ jimat santan 2 hinggit hihii..

Tq pada tuan empunya resepi Ana Elianas FP dan Kak MaDiHaA sudi share resepi yang mabeles nii..Mintak izin yana letak sini pulak yer..Moh lah kita cicah roti dengan kari ini ^__^




KARI IKAN ALA MAMAK
Resepi: Ana Elianas FP
sumber cuci mata : Kak MaDiHaA

BAHAN-BAHAN :-

Kepala ikan merah yg siap dipotong - nak guna ikan lain pun boleh ~ Yana guna 3 keping ikan tenggiri..kepala xde ^__^
3 sudu besar rempah kari ikan - Ana guna Alagappas (MaDiHa & Yana guna 4 sudu besar kari ikan Baba's) 
2 sudu besar cili kisar - nak guna cili serbuk pun boleh 

Bahan2 Kisar 
1 biji bawang besar 
3-4 biji bawang merah 
4 biji bawang putih 
sedikit lada hitam 

Bahan2 Mayang 
1 labu bawang besar dimayang halus 
3 biji bawang putih 

daun kari 2 tangkai (Jangan leraikan) 
sedikit halba campur 
air asam jawa lebihkan sedikit 
garam secukup rasa 

Bahan Rampai 
Terung ataupun boleh guna kacang bendi (MaDiHa guna dua2!) 
Cili hijau 
Buah tomato 

CARA PENYEDIAAN:-

1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur. Setelah agak layu masukkan cili kisar, bahan mesin. Kemudian masukkan rempah kari ikan.Masukkan 2 tangkai daun kari...jgn ceraikan daun tu..sbb batang daun tu akan memberi aroma yg sedap pada kari kita. Masak sehingga hilang bau rempah tu... masukkan air jika rempah nampak kering. 

2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis...masukkan garam.

3. Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai. Masukkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah. Sedia utk dihidangkan.


Selamat mencuba :-)

Wednesday, October 29, 2014

KASWI PANDAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Kuih simple2 je untuk minum petang..Kaswi Pandan..Kuih ni feberet kami sekeluarga..memang laku keras lah kalau buat kuih nii..tak sangka pulak si tecik wisya pun suka..banyak jugak dia makan..Tq pada empunya resepi Cikgu Hafi @ MyResepi..Tq jugak pada kak Yatie yang share resepinya..yana kopipes dari dapur akak je ekk ^__^



KUIH KASWI PANDAN
Resepi: Cikgu Hafi @ MyResepi
Sumber cuci mata : Kak Yatie @ Sinar Kehidupanku

BAHAN-BAHAN:-

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air@ air pandan
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung beras
  • sedikit pewarna hijau @ pandan emulco
  • 1 sudu kecil air kapur mkn

  • sedikit garam * - gaul bersama kelapa parut
  • 1/2 biji kelapa parut * - putih sahaja

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Blend semau bahan diatas kecuali kelapa parut & garam.
  2. Tapis bahan yang telah di blend ke dalam loyang & kukus selama 30 - 40 minit.
  3. Setelah masak sejuk kan terlebih dahulu baru potong.
  4. Gaul bersama kelapa yang telah digaul bersama garam.
  5. Boleh la dihidang untk minum ptg @breakfast.
  6. *Kalau masa angkat kuih kaswi ada takungan air di atasnya...sengetkan loyang sedikit, buangkan air takungan guna sudu sedikit demi sedikit dan biarkan seperti asal...tunggu benar2 sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik supaya cantik dan licin.....Selamat Mencuba

Selamat Mencuba:-)

BAMIA AYAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Bersua lagi untuk edisi hari ini~~ okess pagi ni yana nak share resepi dari akak chef Liza yang memang femes amos tuu..Bamia Ayam..nama resepi pun macam nama anak kita dah Damia heheee.. Resepi ni simple jee..sesuai dimakan dengan nasi or roti~~



BAMIA AYAM
Resepi : Chef Hanielieza
Sumber cuci mata : Kak Yatie @ Sinar Kehidupanku

BAHAN-BAHAN:-

  • 1 ekor ayam [potong kecil]
  • 12 - 15 tangkai kacang bendi saiz kecil
  • 3 sudu besar serbuk rempah kari daging
  • 2 sudu besar cili kisar- saya tambah
  • 2 inci kayu manis
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 labu bawang besar*
  • 2 inci halia *(* kisar halus)
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 1/2 cawan minyak utk menumis
  • 1 tin susu cair
  • Garam dan sedikit gula

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Gorengkan kacang bendi sehingga masak. Angkat dan toskan. Ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang di kisar, cili kisar, kulit kayu manis dan rempah kari sehingga wangi dan naik minyak. 
  3. Masukkan ayam, susu cair,tomato puree, sedikit gula dan garam. Kacau rata. 
  4. Bila telah naik minyak dan agak pekat masukkan kacang bendi. Gaul rata.
  5. Bila dah cukup rasa, matikan api dan angkat. Sedia untuk hidangkan.
Selamat Mencuba :-)

Tuesday, October 28, 2014

CONGO BARS

Assalamualaikum dans selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah masih bernafas hari ini..syukur padaMu Ya Allah~~~
Dah bersawang blog kesayanganku ini..Puan tanah cuti panjang..Ekceli, percutian kali ini tidak dijangka sama sekali.. tibe2 je berlaku..huhuu sebenornya my lappy rosak..huwaaaa rasa nak nangis jee..pertama kali beliau rosak selepas lebih 5 tahun menggunakan perkhidmatannya..melayan ratusan rm jugak ni nak membaik pulih kembali beliau hihii..

Okess lah..untuk panaskan enjin blog kembali kita layan congo bars dulu yee..dah banyak kali jugak yana buat sebab senang yang amat dan paling penting sedapp..antara kek feberet yana ^__^~~ Moh layan je la ekkk~~~



CONGO BARS
Resepi : Rima
Sumber cuci mata : Kak Ita Masam Manis

BAHAN-BAHAN:-

315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - boleh kurangkan ~ yana letak 270gm
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional ~ yana letak walnut
Kepingan badam untuk taburan - optional

CARA PENYEDIAAN:-

Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.


Selamat Mencuba :-)

Friday, October 10, 2014

PULUT INTI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Pembuka hari ini..Pulut Inti kegemaran yana dan anak2..Ekceli dah lama buat pulut inti..baru hari ni dapat buat entry..Moh kita layan pic je la ekk..Puan tanah agak bizi hari ni..banyak tugasan sedang menanti..maklumlah lama bercuti kan..InsyaAllah kalau ada masa nanti yana singgah umah kengkawan~~peace~~



PULUT INTI

BAHAN-BAHAN:-

2 cawan pulut ~ rendam 3 hingga 4 jam dan toskan
1 cawan santan sederhana pekat
1 helai daun pandan ~ disimpul

BAHAN INTI:-

1/2 biji kelapa parut putih
1 keping gula melaka ~ yana guna nise kelate
1 helai daun pandan ~ disimpul
1 sudu kecil tepung beras + 2 sudu besar air
Sedikit gula pasir ~ kalau nak tambah kemanisan
secubit garam

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Kukus pulut sehingga masak lebih kurang 20 minit
  2. Keluarkan dan gaul dengan santan yang telah di campur dengan garam. Sambung lagi kukus selama 15 minit
  3. Untuk inti pula, cairkan gula melaka bersama air, sedikit garam dan daun pandan. Masak sehingga agak likat baru masukkan kelapa parut. Masak biar serata.
  4. Kemudian bancuh tepung beras dengan air lalu dituangkan ke dalam inti yang sedang dimasak. Tujuannya untuk menjadikan inti agak kering dan kental agar tidak bertaburan.
  5. Okey dah siap..kalau ada daun pisang lagi best pulut inti nii..sudukan pulut atas daun pisang yang telah dilayurkan. Kemudian letakkan inti atasnya..bungkus macam nasi lemak..siap..jom makan ^__^
Selamat Mencuba :-)

Wednesday, October 1, 2014

AYAM BAKAR ALA YANA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Hari ni kita layan menu sihat berkhasiat..Ayam Bakar Ala Yana ^__^..Dah tak tahu nak masak apa, so terfikir masak ayam bakar je lah paling senang..Kita buat menggunakan bahan yang sedia ada kat dapur..tinggal beberapa hari je lagi nak close dapur untuk sementara waktu..puan tanah mahu balik kampung beraya hehee..sebelum tu kita kasi clear dulu semua stok dalam esbox..Lepas raya nanti kita kasi penuh balik~~





AYAM BAKAR ALA YANA

BAHAN-BAHAN:-

6 ketul ayam ~ potong suka hati
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1 batang serai*
3 - 4 biji cili kering*
1 inci halia*
sedikit serbuk kunyit
Garam
2 sudu besar gula perang
Minyak ~ yana guna minyak zaitun

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Goreng bahan bertanda * sebentar menggunakan sedikit minyak zaitun. anggaran 1 sudu besar dalam 4 minit. Kemudian masukkan dalam blender dan blend hingga hancur.
  2. Panaskan sedikit minyak zaitun dan masak sekejap bahan yang diblender tadi atas api sederhana. Masukkan serbuk kunyit. Kacau. Seimbangkan rasa garam dan gula, boleh tutup api.
  3. Kemudian lumurkan pada ayam dan perap sekurang2nya 1 jam. Lagi lama lagi sedap. Yana perap semalaman letak dalam freezer.
  4. Bakar dalam pemanggang ajaib 15 - 20 minit atau sehingga masak. Boleh jugak bakar dalam oven. 
  5. Ok..Ayam bakar sudah siap

Selamat Mencuba :-)