Wednesday, July 23, 2014

AYAM PHAT PHET ~ Menu 21 Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^___^

Menu 21 Ramadhan kami~ Ayam Phat Phet..Dah banyak kali yana buat..sedap sebab pedas + masam.. memang feveret yana sangat2 kalau lauk macam nii..Hokess, Kita semak je lah resepinya..Yana kopipes je dari dapur Tun Telani..males pulak nak menaip hari ni hehee~~


AYAM PHAT PHET
Resepi: widad@myr
Sumber: tun telani

Bahan A (Blend)

  • 5 biji cili padi
  • 2 hiris halia
  • kunyit hidup 
  • 1 atau 2 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar

Bahan B

  • 3 keping ayam
  • 1 batang serai
  • 1 asam keping
  • 4 helai daun limau purut
  • sedikit Garam dan Gula


CARA PENYEDIAAN:-
  • Blend bahan A dan tumis hingga naik bau
  • Masukkan bahan B dan air (ikut byk mana kuah yg nak, tun letak around 1-2cup).
  • masak till mendidih, n kuah nmpak pekat.
  • done ^^
Selamat Mencuba :-)

Monday, July 21, 2014

KUIH BINGKA CEMPEDAK ~ Menu 20 Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah..masih lagi diberi peluang untuk bernafas hari ini..Cepat betul masa berlalu kan..Hari ni dah 23 Ramadhan..masih berbaki beberapa hari saja lagi bulan yang penuh dengan keberkatan ini..Terasa sedih sangat..Ramadhan akan meninggalkan kita..Semoga tahun hadapan kita semua dapat bertemu lagi dengan Ramadhan..

Ekceli minggu lepas dapur yana tak berasap..So, takde menu berbuka sepanjang minggu lepas..setiap hari ada jemputan berbuka puasa kat luar..Alhamdulillah rezeki Ramadhan ^__^

Untuk hari ni layan dulu kuih Bingka Cempedak..Balik kampung hari tu dapat banyak rezeki cempedak dan durian..Bila dah dapat buah cempedak ni terus je menggugel cari resepi..Hari2 makan cempedak goreng time berbuka boring jugak kan ^__^..Akhirnya berkenan dengan kuih bingka ~ kuih paling senang nak buat hihii ~~Tq Kak Fida atas resepinya..simple, senang dan sedap..para penggemar buah cempedak harus cuba resepi ni tau ~~~Yana buat 1/2 adunan dapat 2 biji guna acuan kemboja ^_^





KUIH BINGKA CEMPEDAK

BAHAN-BAHAN:-

300 gm isi cempedak*
650ml santan* ( dr 1/2 biji kelapa ) ~ yana guna santan kotak + air
2 biji telur*
240 gm tepung gandum
150 gm gula pasir ( boleh kurangkan jika cempedak manis )
1/2 sk garam
80gm mentega cair ~ yana guna minyak jagung
1/2 sk pewarna oren/kuning

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Tepung, gula dan garam di masukkan ke dalam mangkuk dan gaul rata
  2. Kisar halus santan, cempedak dan telur. Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk tepung tadi dan gaul sebati
  3. Tuang mentega cair dan pewarna dan digaul lagi hingga sebati dan tepung tidak bergentel2
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang digris ( alas alum dan gris jika bimbang kuih melekat pd dasar loyang )
  5. Bakar hingga masak dan garing permukaan bingka selama 45 minit hingga 1jam pada suhu 170c
  6. Sejukkan bingka dan bolehlah dipotong..sedia dihidangkan
Selamat Mencuba :-)

KARI NANAS ~ Menu 13 Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu 11 Ramadhan kami..Kari Nanas yang simple2 aje..Yana suka sangat makan kari nanas ni tau.. Dulu mama yg selalu masak untuk yana tapi sekarang ni kalau nak makan kena masak sendiri.. Huhuuu..rindu pulak mama kat kampung..dah lah raya tahun ni tak dapat balik..so sad :-(


Tak mau beremosi sedih hokey..kita semak je resepi kari nanas nii..Yana makan dengan nasi putih + ayam goreng berempah jee..Syukur rezeki 11 Ramadhan kami ^__^


KARI NANAS

BAHAN-BAHAN:-
600gm nanas
4 biji bawang merah ~ tumbuk/kisar halus
2 ulas bawang putih ~ tumbuk/kisar halus
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 sudu besar rempah kari
100ml santan
Garam & gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk/dikisar halus bersama kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
  2. Perlahankan api, masukkan nanas. Tutup periuk/kuali. Biarkan nanas mereneh seketika hingga layu.
  3. Tuangkan santan dan perasakan dengan garam dan gula.
  4. Boleh tambah air sekiranya kuah pekat. Tunggu hingga mendidih lagi dan boleh tutup api.
  5. Siap untuk dihidangkan
Selamat Mencuba :-)

Sunday, July 20, 2014

AYAM PERAP MASAK KICAP ~ Menu 12 Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu yang sangat simple tapi sedap hokey heheee..Ayam Perap Masak Kicap kegemaran seisi keluarga..Tq Kak Fida share resepi nii..Kalau takde idea nak masak apa memang ayam masak kicap ni jadi pilihan..senang dan yang penting sedappp..jom semak resepinyaaa ^__^



AYAM PERAP MASAK KICAP

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ayam
6 ulas bawang putih * ~ ditumbuk halus
1/2 ibu jari halia * ~ ditumbuk halus
1 sudu besar cili giling * ~ lebihkan klu suka pedas
1 sudu besar serbuk kari *
1 sudu kecil serbuk kunyit *
1/2 cawan kicap manis *
1 - 2 sudu besar air asam *
garam dan gula secukup rasa

BAHAN B

1 biji bawang besar ~ hiris bulat
2 biji kentang ~ potong baji dan goreng
2 biji tomato ~ belah 4
1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau ~ dipotong serong
1 biji lada benggala merah ( jika suka ) ~ potong kecil
sedikit daun sup, daun bawang ~ dihiris

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda *. Gaul rata2 hingga sebati
  2. Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman
  3. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali @ periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata
  4. Tutup kuali @ periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana
  5. Buka penutup kuali @ periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah
  6. Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa. Akhir sekali masukkan bahan B dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil
  7. Siap untuk dihidangkan. Tabur sedikit bawang goreng dan tambahan hirisan daun sup dan daun bawang jika suka
Selamat Mencuba :-)

Saturday, July 19, 2014

IKAN SIAKAP BAKAR PORTUGIS ~ Menu 11 Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Hari ni kita layan menu ikan pulak..Dah jemu asyik makan ayam jee..Semalam pergi pasar and tengok ikan siakap segar fresh terus beli..Dalam kepala memang dah fikir nak bakar je ikan nii..Tak mau goreng2 dah 

Hokey..males nak membebel byk2..kita layan je resepi Ikan Siakap Bakar Portugis..resepi ni memang popular dikalangan blogger 2 3 tahun lepas..Yana je ketinggalan ketapi..Ramadhan tahun ni baru sempat nak menerainya..Alhamdulillah..memang sedap yer kawan2 sekalian..Yang belum cuba ikan bakar portugis ni harus cuba taw ..


IKAN SIAKAP BAKAR PORTUGIS
Resepi : CMG

3 ekor ikan pari tuka ( yana guna ikan siakap )
3 helai daun limau purut
4 camca besar cili kisar
1 kuntum bunga kantan ~ hiris halus
Sedikit minyak bawang putih ( 5 ulas bawang putih, cincang halus, goreng dalam 1/2 cawan minyak, tapis dan boleh gunakan )
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar jus asam jawa
Daun pisang secukupnya ~ layur atas api supaya lembut ~ yana guna aluminium foil

BAHAN KISAR HALUS :-
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai ~ hiris halus
1 kuntum bunga kantan ~ hiris
3 biji buah keras
1/2 cm hirisan lengkuas

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Cuci ikan dan perap dengan limau kasturi dan sedikit garam. Ketepikan. Sementara itu kita buat sambal.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan daun limau purut. Tumis hingga garing dan terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masakhingga pekat. Angkat dan sejukkan.
  3. Ikan siakap dicuci kembali hingga bersih. Kemudian toskan. Ambil 2 helai daun pisang/aluminium foil. Sapu sedikit sambal atasnya, letak ikan sapu sambal atas ikan tadi dan tabur sedikit hirsan bunga kantan. Bungkus ikan tadi dan kemaskan.
  4. Kemudian bakar dalam oven hingga masak. Yana bakar dalam pemanggang ajaib. Setiap bahagian ikan yana masak 15 minit..Hidangkan dengan perahan jus limau kasturi.
Selamat Mencuba :-)

Friday, July 18, 2014

AYAM UNGKEP ~ Menu 10 Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah..sempat hupdate blog hari nii..walaupun kebizian melanda tetap jugak curi masa nak hupdate..banyaknya entry tertunggak ^__^

Hokey tak mau citer panjang2..layan je menu 10 Ramadhan kami..Ayam Ungkep resepi Kak Amie cayangg yang sangat sedapp..Terima kasih kak Amie share resepinya..dah banyak kali yana buat..Kalau dah tak ada idea nak masak memang ayam ungkep selalu jadi pilihan selain masak kicap..lauk paling sempoi hehee..


AYAM UNGKEP

BAHAN-BAHAN:-
1 kg daging ayam ~ potong 8 ~ lumur dengan 1 sudu teh garam, 1 sudu makan kunyit ~ perap seketika
2 batang serai ~ dititik
3 cawan air
minyak
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula pasir / gula melaka
Perasa pilihan ~ jika suka

BAHAN TUMBUK/KISAR
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
15 biji cili padi

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak
  2. Masukkan serai dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna
  3. Tambah air, garam, gula dan perasa pilihan (jika suka)
  4. Tutup kuali rapat2
  5. Kacau sekali sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur
  6. Apabila kuah hampir kering ( jika suka kuahnya, tak perlu masak sampai kering ) dan ayamempuk, matikan api
  7. Siap untuk dihidangkan..
Selamat Mencuba :-)

Thursday, July 17, 2014

MURTABAK MAGGI ~ Menu 9 Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Curi sedikit masa hupdate blog ^_^ Tak terkejar rasanya nak habiskan entry tertunggak hehee..Hokess, tak boleh nak bercerita panjang2..banyak tugasan sedang menunggu..Mintak maaf sangat2 yer kawan2..yana tak sempat nk BW..InsyaAllah ada kelapangan nanti yana pasti singgah dapur kawan2 sekalian..masa untuk bersama dengan cik lappy amat terhad sekarang nii~~

Kita layan yang ni dulu..Antara menu wajib dibuat di bulan puasa..Murtabak maggi.. Tak payah makan nasi..hanya makan murtabak ni jee..Alhamdulillah..kenyang sangat dapat makan sebiji sorang ^__^




MURTABAK MAGGI
Resepi : CMG

BAHAN-BAHAN:-
1 paket mee segera perisa kari
2 biji telur
150 gm daging cincang
1 biji bawang besar ( cincang )
1 ulas bawang putih ( tumbuk )
1 biji cili merah ( hiris halus )
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam
Serbuk perasa

CARA PENYEDIAAN:-
  1.  Asingkan mee segera dari rencahnya. Celur mee segera tadi hingga lembut dan toskan. 
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga perang, masukkan perencah mee maggi, serbuk lada hitam dan daging cincang. Kacau rata dan tuang sedikit air, masak dengan api perlahan hingga hampir kering. 
  3. Kemudian masukkan hirisan cili merah, hijau dan garam secukup rasa. kacau kejap dan boleh matikan api.
  4. Dalam satu mangkuk lain, masukkan 1/2 bahagian mee dan 1/2 bahagian daging gaul rata. Pecahkan 1 biji telur, kocok sedikit dan tuang dalam mangkuk berisi bahan2 tadi. Kacau rata dan tuang ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak masak.
  5. Masak dengan api perlahan sehingga permukaannya mengeras (nak cepat tutup sekejap), dan terbalikkan. Masak untuk 1 - 2 minit lagi hingga kuning keemasan. Alihkan ke dalam pinggan. Buat kaedah yang sama untuk baki bahan2 tadi.
  6. Potong murtabak maggi tadi ikut kreativiti masing2 dan hidangkan bersama bawang jeruk, kalau ada kari dhal pun sedap, nak hidang dengan cili sos pun ok, thousand island sos pun boleh
  7. Selamat Mencuba :-)

Wednesday, July 16, 2014

IKAN KEMBUNG KUKUS AIR ASAM ~ Menu 8 Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu 8 Ramadhan kami..Lauk paling simple..Ikan Kembung Kukus Air Asam..feveret yana ni tau ^__^.. Selera yang amat kalau dapat makan nasi dengan lauk macam nii..Ekceli, tukang masak dah tak tahu nak masak apa..hmm..dah boring nak masak ayam..semalam pergi pasar and nampak ikan kembung yang segar terus beli..Aduss..nikmat sungguh dapat makan lauk macam nii..nasib baik incik hubby pun suka..sama2 layan~~

k

IKAN KEMBUNG KUKUS AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:-
4 ekor ikan kembung
2 keping asam keping
1 labu bawang besar ~ di dadu
1 biji tomato ~ di dadu
5 - 6 biji cili api ~ di hiris
1 biji cili  merah ~ di hiris
1/2 inci belacan ~ di bakar terlebih dahulu
1/2 cawan air suam ~ di ramas dengan sedikit asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Jus limau nipis

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Bersihkan ikan dan lumur dengan sedikit garam, masukkan juga asam keping. Kukus lebih kurang 5 minit
  2. Sementara tunggu ikan masak, bolehlah potong nipis cili padi serta cili merah dan campurkan dengan bawang besar dan tomato yang telah di dadu.
  3. Ramas belacan yang dibakar dengan air asam jawa, garam dan gula. Satukan semuanya dan perahkan jus limau nipis.
  4. Letakkan ikan yang telah masak ke dalam pinggan dan siramkan dengan air asam tadi. Siap untuk dihidangkan 
Selamat Mencuba :-)

Monday, July 14, 2014

AYAM PAPRIK ~ Menu 7 Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu 7 Ramadhan yang simple2 je..Dah tak tau nak masak apa..hmm..fikir punya fikir ayam paprik jadi pilihan ^_^ Yana selalu masak ayam paprik guna resepi nii..simple dan sedappp ~~~




AYAM PAPRIK
Resepi : Cikgu Ani

BAHAN-BAHAN :-
4 ketul ayam ~ di hiris kecil
2 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1 biji bawang besar ~ dibelah dua dan dihiris bulat kasar
1 biji cili merah ~ dihiris serong
11 biji cili api ~ dipecah2kan aje
2 helai daun limau purut ~ disiat-siat
Bunga kobis ~ dihiris kecil
2 biji putik jagung ~ dihiris serong 
1/2 biji karot ~ dihiris serong
2 biji kacang panjang ~ dipotong 1 inci
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
Garam
1 cawan air
Sedikit gula ~ yana tambah

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak
  4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu
  5. Masukkan air. Masak hingga mendidih
  6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa serta gula. Kacau rata
  7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. ( kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air )
  8. Tutup api dan boleh hidangkan
Selamat Mencuba :-)

Wednesday, July 9, 2014

KARI IKAN GAYA GOA ~ Menu 6 Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah dapat lagi bersua di bulan yang penuh barokah ini..hari ni dah 11 Ramadhan..cepat betul masa berlalu kan..rasa tak terkejar pulak..banyak benda yang nak dibuat ^_^

Okess..tak mau bebel banyak2..jamu mata dulu dengan menu 6 Ramadhan kami yang lalu..Kari Ikan Gaya Goa..resepi dari chef Wan yang femes amos tuu..Dah banyak kali yana buat kari ni..sedap tau..harus kengkawan cuba..sempat lagi kalau nak masak untuk menu bebuka nanti hehee..jom semak resepinya ^_^



KARI IKAN GAYA GOA
Resepi : Chef Wan
Sumber cuci mata : CMG & Kak Yatie
  • 600 gram ikan tenggiri- Yana guna ikan jenahak
  • 3 biji tomato*
  • 3 biji cili hijau*
  • 3 camca besar serbuk ketumbar*
  • 3 camca besar serbuk jintan putih*
  • 2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
  • 2 biji bawang besar, dicincang
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 inci halia, dicincang
  • 1/2 camca besar biji sawi
  • 4 camca besar cili kisar
  • 500 ml santan (mat guna 200 ml santan + 300 ml air)
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 2 biji tomato, belah 3 setiap satu
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAANYA :-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum.
  2.  Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
  4.  Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata...
SELAMAT MENCUBA :-)

Tuesday, July 8, 2014

MEE JAWA ~ menu 5 Ramadhan ^__^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Mee Jawa hidangan kami untuk hari ke 5 puasa..Menu kegemaran suami yana..memang selalu lah buat sebab dia suka..Tukang masak pun suka jugak heheee..Tq pada Kak Chef Hanieliza share resepi yang sedapp sangat nii..jom semak resepinya ~~~


MEE JAWA
Resepi : Kak Hanieliza
Sumber cuci mata : Kak Mas @ Duniaku

BAHAN-BAHAN:-

1 kg mee kuning ~ dicelur
1/2 kg daging ~ rebus lembut dan hiris nipis
300 gm tauge ~ buang kakinya
2 tangkai daun bawang ~ dihiris
5 biji cili merah ~ dihiris
3 keping tauhu goreng ~ dihiris nipis
3 biji telur rebus ~ dibelah
3 biji limau nipis ~ dibelah
Sedikit bawang goreng

BAHAN KUAH :

1/2 kg keledek ~ direbus dan dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
5 ulas bawang merah ~ dikisar
3 batang serai ~ dikisar
sedikit halia ~ dikisar
sedikit lengkuas ~ dikisar
100gm udang kering ~ dikisar
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kari daging
air rebusan daging
garam dan gula secukup rasa
1 ketul kiub ayam ~ yana & Mas tambah

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah dan cili kisar hingga garing dan pecah minyak
  2. Masukkan keledek yang dikisar halus tadi. Tambah air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan hingga kuah mendidih
  3. Masukkan mee yang dicelur dalam pinggan dan letakkan bahan2 sampingan dan kemudian tuangkan kuah atas mee tadi. Sedia dinikmati...sangat sedapp ^_^

Selamat Mencuba ;-)

Monday, July 7, 2014

ASAM PEDAS IKAN PARI ~ menu 4 Ramadhan ^__^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Alhamdulillah..masih dapat bersiaran di bulan yang penuh keberkatan ini..Bizi memanjang dengan tugas harian..tak sempat nak menghupdate everyday..Cepat masa berlalu kan..hari ni dah 9 Ramadhan..Banyak lagi yang harus dikejar sementara peluang masih ada ni ^_^ 

Okess..layan je lah menu 4 Ramadhan kami..Asam pedas Ikan Pari yang simple2 je ikut stok apa yang ada kat dapur..versi yana suka yang kuah pekat2 gitu..boleh makan dengan nasi dan juga roti.. sedappp ^__^


ASAM PEDAS IKAN PARI

BAHAN-BAHAN:-

600gm ikan pari
1/2 ikat daun kesum
1 cawan air asam jawa
air biasa
1 biji buah tomato ~ belah 4
bendi

BAHAN KISAR

2 - 3 sudu besar cili kisar
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 biji buah keras
sedikit belacan ~ dibakar kejap
1/2 inci kunyit hidup

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan air asam jawa dan air biasa secukupnya. Kemudian perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
  3. Bila sudah mendidih masukkan ikan pari dan daun kesum. Biarkan seketika hingga ikan masak. Akhir sekali masukkan bendi dan buah tomato. Masak hingga sayuran tersebut lembut.
  4. Dah cukup semua rasa bolehlah tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba :-)

Saturday, July 5, 2014

KUIH LOMPAT TIKAM ~ menu 3 Ramadhan ^__^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah..akhirnya tercapai jua hasrat yana nak buat kuih kegemaran di bulan puasa~~ kuih Lompat Tikam..Suka sangat kuih nii..dah dapat makan haruslah teringat kampung halaman tercinta..rindunya nak balik~~

Okess ler..tak mau beremosi lebih2 yer..minggu depan insyaAllah dah janji dgn incik suami nak balik kampung..rasa dah tak sabar sangat nak balik..dah terbayang2 depan mata pelbagai jenis kuih kegemaran dibazar ramadhan..cepatlah masa berlalu heheee

Tq kepada Kak Azie share resepi kuih Lompat Tikam nii..Rasa macam yang beli kat pasar pasir mas jee..InsyaAllah lepas ni boleh buat lagi..tak sangka pulak anak2 pun suka..berebut2 mintak suap ^_^



KUIH LOMPAT TIKAM

BAHAN-BAHAN :-

Lapisan Hijau :
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air pandan
1/2 sk garam
1 sk air kapur

Lapisan Putih : 
1 senduk leper tepung beras ( sukatan menggunung )
2 cawan santan
1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam

Pulut Merah :
1 cawan beras pulut
Santan cair secukupnya

Air Gula Melaka :
1 keping gula melaka
Air secukupnya

CARA LAPISAN HIJAU:-
  1. Gaul rata semua bahan lapisan hijau dalam mangkuk dan tapis. Kecairan mestilah bila senduk diangkat, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk kayu.
  2. Masakkan adunan ini ke dalam kuali dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak. Mula2 saya kacau dengan whisk,lagi mudah. Lepas tu dah mengeras baru guna senduk kayu.
  3. Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat serta menggelembung. Masukkan ke dalam loyang dan disejukkan.
CARA LAPISAN PUTIH:-
  1. Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau dengan whisk sehingga mendidih dalam 15-20 minit.
  2. Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.
NOTA : Lapisan putih mesti rasa masin sedikit baru sedap

CARA PULUT MERAH :-
  1. Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10 - 15 minit
  2. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah dicampur dengan garam halus, agak2 sehingga pulut menjadi lembut. Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 10 minit. Buka penutup dan dibalik2kan pulut supaya masak rata
  3. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata. Taburkan sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar. Siap untuk dihidangkan.
CARA AIR GULA MELAKA:-
  1. Masak gula melaka dengan air dan daun pandan hingga hancur dan mendidih. Tapis dan sejukkan.
CARA MENGHIDANG:-
Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalm pinggan. Masukkan juga sedikit pulut
Kemudian sendukkan lapisan putih ke atasnya. Akhir sekali, tuang air gula melaka..

Selamat Mencuba :-)

Friday, July 4, 2014

IKAN SIAKAP MASAK PESMOL ~ menu 2 Ramadhan ^__^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Ikan Siakap Masak Pesmol yang terlajak laris kat umah yana hehee..dah banyak kali yana buat..suami dan anak2 suka sangat..Tapi kali ni yana buat versi tak pedas sebab nak bagi kanak2 bawah umur makan..kalau buat versi pedas harus lagi sedappp menjilat pinggan ^__^

Okess..tak mau citer panjang2..puan tanah sudah mengantuk..dah kul1 pagi.kejap lagi mahu sahur pulak..kita semak je resepinyaa..kepada kengkawan semua harus cuba tau resepi nii.. memang sedapp..tak tipu punyer~~~ ^__^


IKAN PESMOL
Resepi asal : Chef Wan

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ikan siakap dibersihkan
garam, lada hitam yg baru dikisar
1 batang serai ~ dititik
2 cm lengkuas ~ dititik
10 tangkai cili padi
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam ( MaDiHaA & yana x letak )
2 cawan santan pekat ~ yana guna susu cair
Air perahan daripada 1 biji limau nipis
gula
buah tomato ~ belah 4 ( yana tambah )

BAHAN KISAR

5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji buah keras
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2.5 cm halia

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Lumurkan ikan dengan garam dan lada hitam. Goreng ikan dengan minyak yang penuh sehingga garing.
  2. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
  3. Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut dan daun salam. Kacau rata-rata.
  4. Masukkan santan dan renihkan sehingga kuah memekat. Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula.
  5. Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidang segera.
Selamat Mencuba :-)

Tuesday, July 1, 2014

NASI LOBAK MERAH ~ menu 1 Ramadhan ^__^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah..hari ni baru berkesempatan nak hupdate blog..tersangat lah bizi dengan tugas harian yang tak pernah habis ~~cepat masa berlalu..hari ni dah 3 Ramadan..hmm..Rasanya belum terlambat lagi untuk yana ucapkan selamat berpuasa kepada semua pengunjung Dunia Cinta Kami..sama2 la kita memperbanyakkan lagi amalan pada bulan yang mulia ini...Azam yana Ramadan ni semoga dapat khatam Al-Quran 30 juzuk..sedih tahun lepas tak dapat nak habiskan..tinggal 3 juzuk je lagi :-(

Okess lah..kita kembali pada menu yana sefamily 1 Ramadan yang lalu..yana buat nasi lobak merah jee.. xlarat nak masak banyak2..Masak nasi lobak merah lepas tu ayam bakar, kurma telur and acar campak2 je.. Alhamdulillah..rezeki 1 Ramadan kami..kuih muih dessert pun takde..dengar je azan makan kurma lepas tu terus makan nasi ^__^


NASI LOBAK MERAH

BAHAN-BAHAN:-

6 cawan beras basmathi ~ basuh dan toskan
2 cawan lobak merah 
1/2 cawan susu cair
8 cawan air
1 kiub ayam knorr
1 sudu kecil gula
garam

BAHAN TUMIS

2 sudu besar rempah kurma
5 ulas bawang merah ~ mayang @ tumbuk kasar
3 ulas bawang putih ~ mayang @ tunbuk kasar
2 cm halia ~ mayang
3 sudu besar minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar ~ racik kasar
Daun pandan ~ simpulkan

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Panaskan minyak sapi dalam Rice Cooker dan masukkan bahan tumis, bawang & halia yang dimayang serta daun pandan
  2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
  3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendidih
  4. Masukkan beras, lobak merah dan daun ketumbar.
  5. Alihkan periuk kedalamrice cooker dan biarkan masak seperti biasa.
  6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur
Selamat Mencuba :-)