Friday, March 18, 2011

TOM YAM AYAM SIMPLE

Nak masak ke tak nak masak ke nak masak..hmm..ari ni still moody..bila lah akan hilang semua ni.. Moody kee..tak moody kee..dah nama bini kena gak masak wlaupun sedikit..nak ilangkan rasa ketidakselasaan di hati ni aku masuk dapur je lah lepas blogwalking..hasilnya masak sudah resepi panas berapi nii hehee..sila2 le kita ke dapur jenguk resepi jap...:-)


TOM YAM AYAM SIMPLE

BAHAN-BAHAN:-

6 ketul ayam
4 ulas bawang putih
2 batang serai diketuk 
5 helai daun limau purut
3 sudu besar cili sos
4 sudu tomato sos
5 biji cili api (potong)
Carrot
kobis bunga
garam
bahan perisa
air secukupnya
minyak nak tumis

Cara nak masak :-

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
2. Masukkan sos cili,sos tomato,serai, daun limau purut serta ayam
3.Gaul semua bahan tadi dan biarkan semua sebati kejap
4.Bila dah naik bau masukkan air..klu nak kuah byk lebihkan air
5. Masukkan carrot, kubis bunga dan juga cil api
6.Masukkan garam dan bahan perisa
7. Tunggu sampai masak je laa... masa nk hidang baru lah kita perahkan asam limau..
8. Siap utk dimakan..Slamat Mencuba...-:)

No comments: