Wednesday, March 2, 2011

ROTI POKET DORAEMON

   





Ok tak nama resepi tu hehee..hmm..gmbar kurang memuaskan la plak..resepi ni juz c&P dari blog SECUBIT GARAM dan juga MAMAZIEZA..dah lama rasa nak buat roti poket ni..so, malam ni kena try gak buat..terpesona tengok lam blog2 lain dah buat roti cute miut ni..finally siap jugak buat roti ni sambil duk berperang dengan little baby hehe..juadah makan malam kami untuk malam ini roti poket..sesuai utk orang berdiet hehe..jom kita ke dapur tengok resepi..

ROTI POKET DORAEMON

BAHAN-BAHAN:-

8 keping Roti Gardenia ( 2 orang je nak makan )
1 biji telur ayam
Isi Ayam ( rebus )
Kubis
Tomato
Mayonis
Serbuk roti
Sos cili

CARA NAK BUAT :-

Lapis 2 keping roti dan buang bahagian tepinya. Kemudian gelek tepi roti rapat2.
Lepas tu celup roti dlm telur. kemudian golek2 plak dengan serbuk roti. Pastu boleh goreng. Jangan terkejut kalau roti tu menggelembung memang kita nak macam tu hehee..Bila roti dan kuning keemasan boleh lah angkat. Dah angkat bleh la potong..maka jadi lah poket doraemon heehee..

INTI:-

Rebus isi ayam pastu gaul dengan kubis dan buah tomato. Kubis hiris biar jadi macam nak buat kerabu. Gaul semua dengan mayonis dan sos cili. Dah siap gaul semua bolehlah isi dalam poket tersebut..Kalau ada salad lagi lawa dan berseri roti poket kita tapi ari ni yana tak de so buat apa yang ada je laa..

* inti boleh je nak tukar lain. Nak buat sardin boleh..tuna boleh..daging cincang boleh..suka hati je nak makan inti ape hehee..


2 comments:

Siti Ruqaiyah 313 said...

Sedapnye.. Esom nk try la utk minum petg.. Mesti nikmat kalau makan..

Siti Ruqaiyah 313 said...

Sedapnye.. Esom nk try la utk minum petg.. Mesti nikmat kalau makan..