Wednesday, March 23, 2011

NASI GORENG KARI

Nasi goreng lagiii!!! nak buat cane..suka buat nasi goreng hikhik..kali ni nasi goreng kari..teringat zaman duk UUM dulu..hampir tiap ari mkn tengah hari menu nasi goreng kari..RM1.50 satu bungkus + telo mata..murah dan best..banyak plak tu hikhik..Jom kita semak resepi nii..bau kari yg menusuk kalbu pagi tadi..hehee


NASI GORENG KARI

BAHAN-BAHAN:-

3 cawan nasi
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 sudu besar serbuk kari ayam ( campur 5 sudu besar air )
3 biji cili api ( potong )
Sosej
Carrot
Daun kari
Garam
Serbuk perasa

CARA NAK BUAT :-

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili api hingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk kari, daun kari, sosej dan juga carrot. Gaul. Lepas tu masukkan garam dan serbuk perasa. Dah cukup rasa bolehlah masukkan nasi dan gaul rata. Siap nasi goreng kita..Slamat mencuba:-)

2 comments:

cikmanggis said...

salam..ni datang nak intai nasi goreng kari..pengsan jika mamak nampak ni hehe

YANA SHAIFUL said...

hehee..ni rahsia kita..mamak xleh tau resepi nii..hikhikk