Friday, March 11, 2011

AYAM KUNG PAO

Lauk ni back up untuk hubby..kot2 le dia tak selera nak makan ikan singgang maklumlah orang kedah..tekak lain hikhikk..lauk ni sure dia suka sbb ayam hehee..resepi ni masakan org cina..Yana ubah sikit jadi melayu coz tambah cili api..tak de cili api tak best lee..hehee..jom kita semak resepi best niii..



AYAM KUNG PAO

6 ketul ayam
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar ( hiris halus )
2 ulas bawang putih ( hiris halus )
2 biji cili api ( potong )
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos perasa
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap masin
Gula
Garam
Serbuk perasa

CARA NAK BUAT:-

Gaul ayam dengan tepung jagung dan goreng hingga kekuningan. Pastu angkat dan ketepikan.
Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili api hingga naik bau.
Lepas tu masukkan cili kisar dan semua jenis sos serta kicap masin. Tambah air sikit je dan kacau. 
Selepas itu masukkan ayam yang digoreng tadi dan kacau rata hingga pekat sikit
Last bolehlah masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Dah siap..slamat mencuba :-)

4 comments:

eina said...

haiyakkkkkkkkk!!!!ini olang sulah mali mau makan itu ayam kung pao...wa datang bawak sama itu pinggan....

YANA SHAIFUL said...

mali mali wa tgu..wa talat tido lagi nii.. itu ayam ada lagii..huhuu

aizyan said...

nampak sedap.. insyaAllah akan cuba resepi ni :)

YANA SHAIFUL said...

Aizyan..cuba laa..memang sedap..puji diri sendiri..hehee