Friday, March 25, 2011

KAM HEONG AYAM

Juadah kami ari ni..dah banyak kali buat coz hubby suka..resepi ni blaja dari majalah tapi lupa majalah ape..dh lama kot hehe..hubby suka kita masak je lah..maklumlah bau kari yang menusuk kalbu tu.. hubby suka sgt dgn kari..orang utara kan hehee..pe2pun resepi ni memang best..makan dgn roti pun ok gak.. jom kita ke dapur semak resepi nii...



KAM HEONG AYAM

BAHAN-BAHAN:-

6 ketul ayam
3 tangkai cili api
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar rempah kari ayam
2 sudu sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos perasa
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar sos tiram
5 helai daun kari
Garam
Gula
serbuk perasa
Air secukupnya

CARA NAK BUAT:-

Goreng ayam dengan sedikit tepung hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Kemudian tumis bawang bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
Selepas masukkan serbuk kari, daun kari, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos perasa dan kicap masin. Kacau dan tambah air sikit.
Kemudian masukkan cili api, garam, gula serta serbuk perasa. Kacau lagi hingga pekat. Last sekali masukkan ayam dan gaul rata. Tutup api dan boleh dihidangkan..Slamat mencuba :-)


No comments: