Friday, March 18, 2011

TOFU TELUR OYSTER SOS

Lauk sampingan dengan Tom yam..jap je masak ni tapi sedap..semua boleh masak kot :-)



TOFU TELUR OYSTER SOS

2 batang Tofu telur ( potong bulat )
2 ulas bawang putih ( cincang halus )
1 inci halia ( cincang halus )
2 sudu besar oyster sos ( sos tiram )
1 sudu besar tepung jagung ( campur dgn sedikit air )
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis

CARA NAK BUAT:-

Goreng tofu hingga kekuningan. kemudian angkat dan ketepikan.
Selepas itu, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
Kemudian masukkan sos tiram dan juga sedikit air. Kacau dan masukkan serbuk perasa.
Last, masukkan tepung jagung yang dicampur dengan air. Kacau hingga kuah jadi pekat.
Tuangkan kuah ke atas tofu yang digoreng tadi..dah siap..Slamat mencuba :-)

No comments: