Wednesday, October 12, 2011

ROTI PAUN NEKMA

Assalamualaikum dan selamat petang semua..Petang ni Yana nak jamu Roti Paun jee..sape2 yg sudi singgah ke teratak buruk ni boleh lah amek seketul sorang yee..air buat sndiri..hahahaa

Tak leh nak bebel panjang lebar nii..byk keje xsetle lg..Damia dah makin ok..nasib baik demam dia tak berlarutan..klu x, susah ibu dia nak berfoya2 kat alam maya nii hehe..Resepi Roti Paun Nekma ni pun dh lama simpan..hmm..byk betul resepi yg sedang menunggu angka giliran masing2..xlarat tuan umah nak kejar..pe2 pun petang ni kita jamu yg ni dulu ek..best mkn cicah kari..xpun kopi panas..abis sudah..layannzz..:=)


ROTI PAUN NEKMA
Resepi : Meow@myR



BAHAN-BAHAN:- ( 2 - 3 loyang sederhana ) :

1 sudu kecil yis - kalau nak cepat naik taruk 2- 2 1/2 sudu kecil. *izah letak 2 sudu kecil yis
1 cawan air suam
½ cawan gula pasir
½ cawan marjerin @ butter
Tepung gandum bergantung di taruk masa menguli.*izah guna lebih kurang 2 1/2 cawan tepung 
sedikit minyak untuk dilenserkan diatas roti ( yana lenser dgn majerin je )


CARA NAK BUAT:-
  1. 1 cawan air suam dicampurkan dengan yis dan biarkan seketika hingga larut. Sediakan besen tarukkan sedikit gandum lebih kurang ½ cawan kedalamnya. Kemudian masukkan air suam yg bercampur yis tadi kedalam besen yg berisi tepung gandum.
  2. Kemudian masukkan pula gula pasir dan kacau hingga gula hancur. Kemudian masukkan marjerin @ butter kedalamnya dan kacau sampai sebati.
  3. Sesudah itu di letak sedikit demi sedikit tepung gandum ke dalam adunan sampai boleh diuli. Jangan diisi terlampau banyak tepung takut jadi keras. Cuma agak2 boleh diuli dengan tangan dan tidak melekat ditangan sahaja sampai menjadi doh yg lembut.
  4. Kemudian doh direhatkan sehingga ½ jam - 45 minit.. kemudian boleh dibentukkan bulat2 (ikut suka hati) dan di susun ke dalam loyang yang telah dialas baking paper (mcm MIL buat dia alas daun pisang-fuhyo naik dan bangkit bau dia) - Mas sapukan marjerin jer atas dulang untuk dibakar.
  5. Dibiarkan naik sampai 2 kali ganda, lepas itu dilenserkan minyak ke atas roti yang dah kembang kemudian bolehlah dibakar dengan kepanasan 180C selama 10-15 minit dalam oven yg telah di panaskan terlebih dahulu..Sapukan marjerin @ butter atas roti setelah roti dikeluarkan masa roti masih panass...
  6. Selamat mencuba. Senang banget ni.....

Nota: IZAH uli menggunakan BM, jadi masukkan bahan2 ke dalam mengikut urutan BM.
Tapi, sebelum memasukkan semua bahan2, saya larutnya 2 sudu kecil yis bersama 1/4 cawan air suam (dari sukatan 1 cwn) dan tunggu hingga yis aktif berbuih2.  Dengan cara ini dapat juga kita memastikan yis digunakan adalah yis yang elok dan aktif. Juga mempercepatkan doh roti naik mengembang.

4 comments:

ibundo said...

gebu nampak roti tu yana.. sedap minum ngan kopi panas tu.

izahdaut said...

roti ni kan yana, kena gaya jugak membuatnyer kan.ada sekali tu akak buat, tak berapaa gebu pulak. haiishh memang menduga kesabaran betui la. hehe..tapi roti yana tu nampak gebu dah tu..

Yana Shaiful said...

@Bundo> haah Bundo..mkn dgn jem lg sedap hehee

Yana Shaiful said...

@Kak Izah> 1st time yana bt xgebu sgt jgk kak..mmg xtau la nape..yg ni punya mmg terasa kegebuannya..klu xgebu jgk dh males nk bt hihii