Sunday, April 6, 2014

AMIE'S 1ST GIVEAWAY : DEBAR MENANTI KELAHIRAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah..berjaya juga siapkan GA Kak Amie cayang..simple2 je kak..tak sempat nak mengarang panjang..asyik kena kacau je heheee..


Okess..untuk GA ni yana kongsi kelahiran yang pertama ^__^..Selepas 7 bulan mendirikan rumah tangga dengan insan tercinta yana disahkan hamil 7 minggu..Alhamdulillah..Gembira sangat walaupun masa tu suami tiada di sisi sebab kami berjauhan lepas kawin..Banyak sangat pengalaman pahit manis masa mengandung baby pertama ni..tinggal dengan kawan2 bujang..kita je yang mengandung..masa tu kawan2 yang banyak membantu~~~

Awal kehamilan tiada masalah melanda..hinggalah minggu ke 35 yana mula dapat darah tinggi..Alahaii..dah jaga betul2 pun dapat jugak penyakit tu hehee..Tanggal 12 Jun 2010 yana dikejarkan ke hospital kerana darah tinggi 180/90 masa buat monthly checkup di klinik..Pertama kali naik ambulan..Ya Allah laju betul ambulan macam la aku dah nak beranak~ dalam hati je cakap mcm tu~MA terus check tekanan darah yana..turun sikit 140/90 tapi still tinggi..dalam ambulan call suami bagitau kena masuk hospital..terus dia beli tiket naik bas datang dari Penang..masa tu kami PJJ..dia kerja kat Penang yana kat selangor ^__^

Hari ke 3 di hospital tak ada tanda darah yana kembali normal. So, doktor ambil keputusan nak induce.. Cakap ok je walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu betapa takutnya diri ini..buat lah apa saje doktor janji semua selamat. Jam 3 petang keesokkan harinya yana di induce. Ada juga dengar cerita dari akak2 yang berpengalaman beritahu induce akan lebih sakit dari sakit tanpa induce. Kita dengar aje sambil berdoa moga dapatlah menahan kesakitan yang akan di alami bila2 masa aje..

Jam 6 petang dah mula rasa sakit sikit2. Sambil tahan sakit tu sempat lagi makan pulut kuning dengan kerutuk ayam mama buat..selera betul makan..tak cukup satu tupperware hehee..Sekitar jam 10 malam rasa sakit makin kuat tapi masih dapat di tahan. Bila nurse check pintu baru terbuka 2cm..Alahai lambatnya. Sebab baru terbuka 2cm, nurse bagi yana ubat tidur dulu. Dia suruh  rest sebab takut nanti darah yana akan lagi cepat naik. Sebelum terlena dibuai mimpi sempat call suami suruh dia datang hospital lepas subuh sebab rasa macam baby dah nak keluar dah..Lepas tu terus yana lena..

Pukul 3.30 pagi yana terjaga dan terus ke bilik air. Keluar dari bilik air rasa sakit makin kuat dari tadi. Dah nak bersalin kot. 10 minit kemudian terdengar bunyi 'pop'. Habis satu katil basah. Terus panggil nurse dan dia suruh yana berjalan ke bilik sebelah sebab nak check bukaan pintu. Dia cakap air ketuban dah pecah.

Perlahan lahan jalan masuk dalam bilik dan baring atas katil. Tiba2 nurse yang sedang check pintu terus menjerit panggil kawan dia yang tengah syok makan jeruk. Kepala baby dah nampak dia jerit. Baby dah nak keluar. Terus dia orang berdua tolak katil yana sambil suruh mengiring dan jangan teran lagi. Masa tu hanya Allah je yang tahu. Dah lah suami tak ada di sisi..Dalam hati hanya mampu berdoa moga semuanya selamat..

Sampai je bilik bersalin nurse suruh tukar baju dulu. Yana tukar cepat2 sebab dah tak tahan sangat. Rasa macam betul2 dah nak keluar tapi nurse suruh tahan lagi. Yana baring je atas katil dan terus teran. Kali yang ketiga teran Alhamdulillah..tepat jam 3.55 pagi 17 Jun 2010 keluarlah puteri pertama kami Nur Damia..Tapi agak terkilan juga sebab tak dapat peluk dia sejurus lepas lahir. Nurse terus bawak dia masuk 'istana kaca'. Dia lahir tak cukup bulan..sebulan awal dari due.. Lahir pun kecil je 1.64kg..

8 jam selepas kelahiran Damia, baru yana dan suami dapat pegang dan bagi Damia susu pertama..rasa nak menangis je masa tengok dia dalam istana kaca..kecil je dia..Nak pegang pun takut ^__^.. Alhamdulillah..seminggu kemudian yana dan damia keluar dari hospital..Masa tu berat Damia 1.8kg..Rasa nak melompat je masa doktor beritahu dah boleh discharge hihii..

Sekarang Damia dah membesar bagai juara..dah jadi kakak pun..Kelahiran kedua tak ada masalah apa2..Alhamdulillah..syukur sangat2 sebab senang juga bersalin ^__^ 

Damia dalam istana kaca ^__^
Damia usia 2 hari
Damia hari ini  3 tahun ++ ^__^
Okess Kak Amie..homework dah siap..Harap puas hati yer kak heheee..
* Yana suka warna biru & Pink ^__^

1 comment:

Amie said...

Terima kasih Yana sebab sudi joint .... berdebar2 baca tentang Damia masuk istana kaca dan akhirnya bulat mata kita tengok gambar Damia umur 3 tahun tu.... sangat comel, dan sihat dan tak sangka pula boleh masuk istana kaca kan.....
Tahniah untuk Yana sebab dapat siapkan homework tu he heheeh, dan pastikan nanti Yana emelkan nama penuh, alamat dan no hp ye ke alamat emel Kak Amie : salamiez@gmail.com