Thursday, October 6, 2011

SHEPHERD PIE

Assalamualaikum dan selamat pagi..Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk bernafas hari ini..syukur pada Mu Ya Allah..sory semua coz tuan umah bizi memanjang..xsempat nak berkunjung ke umah kengkawan..InsyaAllah hari ni ada sedikit masa terluang dan boleh lah yana nak menyekodeng umah kengkawan..

Hari yang indah ini kita mulakan dulu dgn resepi ala2 org putih gitew..Shepherd Pie..tak tau kenapa seminggu dua ni yana asyik duk buat pie jee..tibe je rasa best hihii..Pie ni projek utk minum petang semalam hasil dari perskodengan yang dijalankan kat umah Kak Ummi sedikit masa lalu..dah lama pie ni duk bertapa dalam almari..Jom kita layan je laa..Pagi ni boleh lagi bekpes dgn Shepherd pie..kenyang sgt :=)

SHEPHERD PIE
Resepi: Kak Liza ( xleh nak link hari ni..lain kali yana link ek )



BAHAN-BAHAN:-

500 gm daging kisar ( Yana guna ayam yg dicincang je )
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 cawan kacang peas ( yana ganti dgn mix vege )
8 biji cendawan tin [belah 4] ( xletak )
5 biji buah tomato masak - ummi letak 3 biji je
1 batang carrot [potong dadu] ( xletak )
1 pokok daun sup [cincang]
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b lada hitam tumbuk ]
1 kiub stok daging ( xletak )
2 s/b minyak garam
Cheddar Cheese secukupnya ( yana tambah )
Sedikit serbuk perasa ( yana tambah )

BAHAN KENTANG:-

1 kg kentang [potong dadu]
1/2 cawan susu segar
2 s/b mentega garam,
serbuk lada sulah
air untuk merebus kentang secukupnya


CARA NAK BUAT :-



1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging kisar dan cendawan. Kacau rata sehingga daging nampak masak.
3. Masukkan tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung
4. Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan akcau sehingga masak.
5. Angkat dan masukkan dalam mangkuk kaca tahan panas atau pinggan sekiranya nak buat pie dalam mangkuk kecil. (*Ummi letak dalam foilcup kecil2 - senang anak2 nk makan)
6. Kentang direbus dengan air dan garam sehingga air rebusan kering.
7. Lecek kentang dan gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega.
8. Masukkan sedikit kentang dalam mangkuk aluminium kecil.
9. Masukkan inti dan tutupkan dengan kentang lecek lagi.
10. Taburkan cheese di atas kentang lecek ( yana tambah )
11. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 200'C selama 30 minit
12. Sejukkan dan hidangkan. ( Yana suka makan yg masih panas :=)

Selamat Mencuba :=)

16 comments:

rahel said...

Mat pagi Yana,bestnya pepagi dah pekena pie...emm..tengok je la..

quinnie said...

rajinnya yana buat pie..buat sendiri puas hati kan..nak beli rega sekarang..mak aiii..skit nye mahal..baut sendiri jugak yg untung...tapi kena la rajin cam yana nih...hehehhe

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum yana..
sedapnya... ada lg x nie? meh bg akak ckit.. terliur nie tgk... sedap2!!

tun_telani said...

kak yana.. terliur lah. tun x penah mkn lg shepherd pie nih.. (tiap2 kali tgk nama ni mesti teringat kt hero grey's anatomy ;p )

Nurul said...

Wah, yana.. pepagi makan shepherd pie nih.. sedapppnya.. nak ckit!! :)

EmbunRosaliza said...

Assalam yana, akk tak pernah buat pie, mesti sedap mkn yg suam2 tu,msk menu ulangan ok yana sebab kita yg nak mkn, org lain tgk pic je heheh

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Yana..saya suke makan shepherd pie ngan sos....Sedapppp

Nuwairani said...

bekas aluminium kak yana tu mcm nani beli...patutnya pakai buang. tapi nani guna je ulang2 sampai bentuknya dah xde rupe..hihih...sedapnya pie!

Yana Shaiful said...

@Rahel> Slamat pagi..Pie bt petang semlm xabis lg..pg ni smbg mkn lg..jom la mkn sama hihii

Yana Shaiful said...

@Kak Q> hari rajin kak..tgk lah klu hari males..semua xnak bt..pgg lappy pun xnak hihii..betu tu..tak berbaloi beli kat luar..mahal dan kecik pula tu :=)

Yana Shaiful said...

@Tun> best jgk benda ni Tun..mcm org putih jee mkn ubi kentang nii hihii.. k.yana xpnh tgk citer tuu..nnt ada ms nk tgk jgk :=)

Yana Shaiful said...

@Kak Diana> ada lg kak..xlarat nk mkn byk..sebiji pun dh kekeyangan hihii

Yana Shaiful said...

@Kak Nurul> nak abiskan menu ptg semlm kak..xleh nk mkn byk..kenyang sgt huhuu..

Yana Shaiful said...

@kak Rosa> cian org lain kan kak..nak mkn kena bt sndiri hehee..

Yana Shaiful said...

@Sue@Nenie> haah..k.yana ltk sos jgk..krg skit rs muak ubi kentang tu..:=)

Yana Shaiful said...

@Nani> sama la kita nani..k.yana guna je klu xrosak lg..sayang nak buang kan tgk elok jee hihiii