Friday, January 9, 2015

MASAK LEMAK KUNING TAUHU & UDANG KECIK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Alhamdulillah masih bernafas pada hari ini..syukur padaMu Ya Allah..Jumaat tiba lagi..sekejap je masa berlalu kan..esok dah 10hb..huhuu..sedang menghitung hari nak balik kampung..Tak sabar rasanya~~~


Terus pada resepi kita hari ni..simple2 je lauk lunch semalam..Masak Lemak Tauhu & Udang kecik..Dah tak tau nak masak apa..buka esbox ada ikan kembung 2 ekor, udang kecik and tauhu yang beli 2 ari lepas..nasib baik ok lagi tauhunya..lepas tu goreng ikan kembung..tumbuk sambal belacan sikit makan berulam timun jee..Alhamdulillah..kenyang~~~ ^__^


MASAK LEMAK KUNING TAUHU & UDANG KECIK

BAHAN-BAHAN:-
3 keping tauhu ~ potong 4
100 gm udang kecik
1/2 labu bawang besar ~ hiris nipis
1 ulas bawang putih ~ hiris nipis
1 cawan santan
1 cawan air
1/2 kiub ikan bilis
2 biji cili merah ~ dihiris
carrot ~ potong mancis @ suka hati
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN;-
  1. Masukkan air, tauhu, carrot, bawang besar, bawang putih dan kiub ikan bilis. Biar mendidih
  2. Kemudian masukkan santan dan serbuk kunyit. Bila hampir mendidih masukkan udang & cili merah. 
  3. Perasakan dengan garam. Kacau perlahan hingga mendidih.
  4. Siap untuk dihidangkan
Selamat Mencuba :-)

5 comments:

mayangbakingmadness said...

adehh sedapnya yana .. cam masak kuning kuah lontong.. mmg feveret ...

Kakzakie Purvit said...

Ok sedap. Yg ini kakak selalu juga buat Yana. Anak kakak suka tauhu dan udang itu yg kena pusing-pusing cara masaknya...

tun_telani said...

mmg berst kombinasi lauk nih.. masak lemak, ikan goreng, sambal belacan..kompom bertambah2 nasik

Amie said...

Comelnya kombinasinya tu Yana... merah, kuning, hijau... harmoni dalam mangkuk!

Anonymous said...

go to this web-site 7a replica bags wholesale read more Louis Vuitton fake Bags hop over to this website 7a replica bags wholesale