Friday, April 1, 2011

BUBUR CHA CHA KELEDEK

Slamat pagi..wahh..pagi baru..bulan baru..yana yang lama..hikhikk..tak mau citer panjang..ada masa skit je ni coz my baby tak suka tengok ibu dia pegang laptop lama2..dah pandai jeles hehee..juz nak n3 menu petang kami semalam..hubby tak nak mkn malam dah..dia dah siap pesan..tak yah masak pe2.. nak mkn petang je..riso kot perut dia dh makin maju ke depan..hehee..Jom kita semak resepi mudah nii..:-)


BUBUR CHA CHA KELEDEK

1/2 cawan cha cha
1 biji ubi keledek
2 1/2 cawan santan
1 keping gula melaka
Gula ( ikut citarasa )
2 helai daun pandan

CARA NAK BUAT:-
 Rebus cha cha dalam air mendidih sehingga kembang. Kemudian rebus pula ubi keledek yang dipotong telah dadu. Dah siap rebus asingkan.
Kemudian masukkan santan, gula melaka dan daun pandan. Kacau sentiasa. Bila dah mendidih masukkan cha cha dan juga ubi keledek tadi. Kalau kurang manis tambah sedikit gula. Dah siap dan boleh hidang.. Slamat mencuba:-)

No comments: