Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua pengunjung..terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi singgah ke umah kecik yana yang biasa2 ajer nii ^_^..Okess, untuk permulaan hari baru di minggu yang baru kita cuci mata dulu dengan menu yana petang semalam..Kuih Seri Muka..gembira di hati bukan kepalang kerana 1st time buat kuih feveret ni jadi dengan jayanyaa hahaaa..rasanya ini percubaan kali ke 4..baru elok kejadiannyaa..suka yang teramat sangat ^_^
Sebelum ni kalau buat kuih seri muka memang tak berseri..mcm2 jadinyaa..nak tayang kat sini pun malu hihiii..pe2pun memang puas hati dapat makan semalam sampai angin satu badan..hahaa..Dah tau badan kita xleh makan pulut banyak tapi nak jugak makan..Lepas tu terima lah akibatnyaa..sampai skg masih terasa deruan angin timur laut dalam badan..maunya 2 3 hari baru ilang sepenuhnyaa hehee..
Panjang lebar pulak coretan di pagi ini..bukan ada yang gempak pun..saje nak citer kegembiraan dah berjaya buat kuih feveret nii..hmm...umo dah 30 baru pandai buat kuih nii..mesti ada yang gelak kan kan kan ^^..
KUIH SERI MUKA
Resepi : NanaSham@MyResepi
BAHAN-BAHAN:-
Bahan Lapisan Bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak
Bahan Lapisan Atas:-
120gm tepung gandum
2 sm tepung jagung
140 gm gula
3 biji telur
450 ml santan pekat
1/2 st garam
300 ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan ( bg yg tak mudah nak dapatkan daun pandan..boleh ganti dgn 1 st pandan paste ) ~ yana guna pandan paste ajer
CARA NAK BUAT:-
Untuk Lapisan Bawah:-
- Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
- Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20 minit.
- Toskan beras pulut. Tak perlu lama2..sekejap pun boleh.
- Satukan semua bahan2 didalam loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
- Kukus diatas kukusan yang telah mendidih selama 20-30 minit.
- Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dengan lapisan atas.
Untuk Lapisan Atas:-
- Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit jer pun boleh.
- Masukkan santan yang telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dengan air pandan dan dipukul/dikacau lagi.
- Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dalam aduna tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendaklah ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus.
- Sekali lagi dengan kukusan dan denga perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus selama 45 minit @ 1 jam.
- PERINGATAN..kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan.
Selamat Mencuba :-)