Saturday, April 16, 2011

NASI GORENG AYAM KUNYIT LADA HITAM

Sebelum nak tido sempat g buka laptop jap ni..tadi rasa malas n3 menu mlm ni tapi tiba lak tergerak ati nak BW jap cari resepi..esok nak kuar shopping so, intai2 lu kot2 ada resepi yang berkenan bleh masuk dlm senarai nak beli barang esok hehee..Jom lah kita tgk resepi dinner tadi..Nasi goreng jee..dah 2 ari masak main2 je..no mood tgh2 bln nii..nak mengambang kot..kui2..Layann..

NASI GORENG AYAM KUNYIT LADA HITAM


rasa cam pantang lak..kunyit dan lada hitam..:-)
BAHAN-BAHAN:-

3 cawan nasi ( masak pg tadi g..)
2 ulas bawang putih ( mayang )
2 biji cili padi ( potong )
1 batang sosej ( potong dan gaul dengan serbuk kunyit dan serbuk lada hitam )
Isi ayam secukupnya ( gaul dengan serbuk kunyit & serbuk lada hitam )
Kobis
Garam
Serbuk perasa


CARA NAK BUAT:-

Goreng isi ayam dan sosej yang telah digaul dgn serbuk kunyit dan lada hitam. Goreng jap je lepas tu masukkan bawang putih dan cili padi. Goreng hingga wangi. Lepas tu masukkan garam dan juga serbuk perasa. Gaul dan masukkan nasi. Gaul lagi bagi rata. Yana tambah sikit lagi serbuk kunyit. Lawa je kalau kuning nampak terang..hikhikk..Jgn lupa masukkan kobis dan masak dengan api yang kuat kejap dan boleh tutup api..siap dihidang..Slamat mencuba :-)







* mau tido..zzzzzzzzzzzzzzz....

Friday, April 15, 2011

Thursday, April 14, 2011

LONTONG~tercapai jua hajatku

Nasi impit dah jadi..maknanya kna teruskan hajat asal iaitu buat lontong..Jadi juga lontong aku niii..orang lain makan pagi tak pun petang tapi kami melantak lontong utk dinner hikhikk...Tapi disebabkan semalam dah ternak lemak coz santan berlebihan..ari ni kna puasa laa..elok gak puasa ari Khamis kan..Resepi lontong ni dari CMG..tapi sama je dgn resepi my mama tiap kali aidilfitri..saje nak tyr masak resepi CMG..jom layan lontong yang dah abis nii...:-)


KUAH LODEH

BAHAN-BAHAN:-

3/4 batang carrot ( potong jejari )
1/4 bahagian kubis ( hiris )
2 keping fucuk ( kerat kecil dan rendam hingga lembut )
2 keping tempe ( potong dadu )
2 keping tauhu ( potong dadu )
1 cekak soon ( potong pendek )
1 kiub ikan bilis maggi
2 batang serai ( dititik )
1/2 inci lengkuas ( dititik)
1 biji bawang besar ( hiris halus)
2 biji bawang putih ( hiris halus )
1/4 camca serbuk kunyit
Garam
Gula
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair

CARA NAK BUAT:-

Tuang santan cair kedalam periuk dan masak bersama carrot, serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih dan tempe. Masukkan juga serbuk dan kacau rata hingga mendidih. Kemudian masukkan fucuk, kiub ikan bilis dan kobis. Biar mendidih dan tambah air jika kuah kurang. Masukkan suun dan santan pekat. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mendidih dan boleh tutup api.

* potong nasi impit dan cedok kuah lodeh dengan isi2nya skali. Tambah hidangan lontong bersama telur rebus dan juga sambal  tumis. 

NASI IMPIT~try test

Dari minggu lepas g duk teringin nak makan lontong..masuk je blog CMG kita tuu terus terpesona dgn lontong johornya..hmm..sejak pindah penang ni lum jumpa g lontong..masa duk KL dulu tiap minggu makan lontong..beli on d way nak p keje..tak pk pun nak masak sendiri hehee..pe2 pun nak makan lontong kena ada nasi impit..kalau kat johor nasi impit lah lontongnya..makan dengan kuah lodeh..mmg best..
Tak tau plak nape tibe je rasa rajin nak buat nasi impit sendiri..Hubby suh beli je tapi kita tak mau..semalam buat sendiri nasi dan...jadi lahh kot untuk orang yang baru blaja nii hikhik...jom kita tgk cane nak buat nasi impit ni..mula2 tu takut gak jadi lembik..Alhamdulillah..mmg jadi lah..yana ikut resepi kat sini tapi tak ikut sangat..buat cara sendiri..jom layannn..

dlm periuk lagi..


dlm acuan..tekan padat..


NASI IMPIT

BAHAN-BAHAN:-

1 cawan beras
8 cawan air
2 sudu minyak masak ( yana guna minyak jagung )

CARA NAK BUAT:-

Tanak nasi hingga kering. Sentiasa je kacau bagi nasi hancur. Lagi hancur lagi baik dan cantik. Bila nasi dah kering masukkan minyak and gaul rata. Sambil tu lenyek nasi biar hancur ketika masih panas. Kalau dah puas hati dengan tekstur nasi tersebut, bolehlah masukkan dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak. Ratakan nasi dengan tangan yang dilapisi plastik. Tekan kuat-kuat bagi nasi padat. Dah siap nasi impit kita. Sejukkan dulu sebelum makan. Lepas sejam nasi impit dah boleh potong.. Slamat mencuba :-)

siap dipotong..
                    

Wednesday, April 13, 2011

PUDING PISANG BERSOS KASTARD~ main masak masak

Hmm..ok ke tak menu ni tak tau laa tapi tekak yana bleh je telan hikhik..tiba2 je rasa nak try buat lpas tgk kat dapur K.WANA ari tuu..best mkn sejuk2..budak2 lagi suka kot menu cani..nak buat pun senang..janji ada pisang..jom kita semak resepi sempoi nii..layann..


PUDING PISANG BERSOS KASTARD

6 biji pisang berangan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air
1/2 sudu besar gula ( bleh kurangkan lg )
1/2 sudu besar tepung kastard
Butter/Planta
Kismis

CARA NAK BUAT:-

Panaskan susu cair, air dan gula atas api yang sederhana. Gula boleh kurangkan coz rasa pisang dah manis..Kemudian masukkan tepung kastard dan kacau hingga pekat. Kepekatan bergantung pada pemakan yaa..yana buat tak pekat sangat. Dah masak bleh sejukkan jap. yana sejukkan lam esbox sejam.

Untuk pisang pula, goreng dengan sedikit butter atau planta. Yana guna planta. Goreng hingga pisang jadi lembik. Jangan lembik sangat..Kan tak sedap plak..Dah siap goreng, susun pisang dlm pinggan dan tuangkan sos kastard tadi atas pisang. Tabur juga sedikit kismis untuk hiasan. Buah ceri pun sedap jgk hehee..Slamat mencuba.. :-)



* kalau tambah aiskrim pun sedap gak niii..:-)