Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^
Layan Kek Marble lembut dulu hari ni..Dah lama simpan resepi..Asyik terlupa nak menerai ^__^ Alhamdulillah..meme lembut moist sangat kek marble ni..suka suka~~
Layan Kek Marble lembut dulu hari ni..Dah lama simpan resepi..Asyik terlupa nak menerai ^__^ Alhamdulillah..meme lembut moist sangat kek marble ni..suka suka~~
KEK MARBLE LEMBUT
Resepi : Kak Noor @ Coretan Dari Dapur
Sumber cuci mata : Kak Azie & Kak Liza
BAHAN-BAHAN:-
227 gm mentega ~ yana guna butter scs
170 gm tepung gandum
170 gm gula kaster ~ yana letak 150gm
5 biji telur ~ dari fridge
3 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovalette
3 - 4 sudu makan serbuk koko ~ diayak
CARA PENYEDIAAN:-
- Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang
- Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata
- Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata
- Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila sudah rata bahagikan adunan kepada beberapa bahangian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda
- Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick
- bakar pada suhu 180c selama 45 minit. Yana ikut kak Azie guna 170c selama 50 minit
NOTA : kalau menggunakan mesin, jgn diberjentikan semasa mengadun. Jika menggunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit kerana adunan mesti kembang rata
Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega
7 comments:
Tangan Yana ni jenis menjadi buat apa pun kakak tengok cantik dan membuka selera..
memang cantik ja rupa kek tu..nampak soft..nyum2..
Nampak lembut je kek marblenya. Pasti sedap.... ni.
Nampak lembut dan gebu kek marble kak yana nih.. terliur pulak nengoknyer
Yanaaaa...meme gebu lh..tgok kjdinye pun sh tau neh..
zzzzz2018.8.15
kate spade outlet online
ralph lauren uk
nike factory store
ed hardy uk
jordans
nike outlet store
pandora charms outlet
off white outlet
ray ban sunglasses
pandora outlet
7a replica bags wholesale q66 x7f15v4n57 best replica bags f56 z0n44l1n90 Ysl replica d77 a8g33y0f76
Post a Comment