Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^
Kari Ayam Pakistan ni dah jadi menu kegemaran kat rumah ni..dah banyak kali jugak yana buat lepas ct Zaliedana tayang kat FB dulu..tengok Kak MaDiHaA pun dah buat jugak..memang sedap kan kak walaupun proses nak membuatnya agak lama sikit tapi berbaloi taw hehee ^__^ Tima Kasih banyak2 pada Ummi Maria Hakem sudi kongsi resepinya..Rasanya dah banyak resepi Ummi Maria yana kongsikan kat sini..simple dan mudah jee..yang penting sedappp..

AYAM MASAK KARI PAKISTAN
Resepi : Ummi Maria Hakem @ FB
Olahan : Kak Amie
Sumber Cuci Mata : Kak MaDiHaA & Ct Zaliedana
BAHAN-BAHAN:-
1 ekor ayam ~ potong 16 bahagian
4 biji bawang besar ~ cincang
4 biji tomato merah ~ cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh garam masala
2 sudu besar yogurt asli
2 cawan air
garam
1/2 cawan minyak
* Hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN:-
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
- Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
- Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
- Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur.( Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam! )
- Masukkan ayam dan gaul rata.
- Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. ( Yana dan MaDiHaA tambah jgk air biar ayam betul2 empuk ) perasakan dengan garam. Tambah yogurt.
- Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. ( sebaiknya jangan sampai kering )
- Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.
mkn dgn roti jala pun sedapp ^__^ |
Selamat Mencuba :-)
2 comments:
Salam Kak Yana.Sedapppnya makan ngan nasi panas...keesokannya boleh buat sarapan ngan roti jala pula yaaaa
zzzzz2018.8.15
golden goose shoes
salomom shoes
ugg boots clearance
christian louboutin shoes
fitflops sale clearance
nike shoes
huaraches
nike factory
prada shoes
coach outlet
Post a Comment