Friday, January 25, 2013

KARI LAKSA ALA CINA

Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat yang indah ^__^

Hari ni kena cepat2 setle kan keje umah..my laling nak blk ke kedah pulak^^..InsyaAllah petang ni kami bertolak..Isnin baru kembali ke Manjung..Sebelum memulakan tugas sebagai puan suri, mai kita jamu mata dulu dengan Kari Laksa Ala Cina..yana buat untuk lunch 2 ari lepas ^_*..

Lepas Tun tayang ari tu terus kepingin nak buat..tengok bahan2 pun xde lah susah sangat..semua ada kat dapur tapi masa p shoping bahan2 tambahan ada jugak yang terlupa nak beli :-( daun sup.. tengok pic pun macam xde keserian kan sebab xde kehijauan daun sup hehee..

Kita layan je lah Kari laksa yang sudah kehabisan nih..Tq Tun share resepinya..K.yana ingat nak cari jugak buku Chef Sarji tuh..suka jugak makanan cina^_^


KARI LAKSA ALA CINA
Resepi : Chef Sarji @ buku Resepi Ala Gerai Masakan Cina
Sumber cuci mata : Tun Telani

BAHAN-BAHAN:-

BAHAN A
2 ketul leher ayam ~ yana guna 2 ketul kepak ayam
6 cawan air
1/2 cawan minyak masak ~ Tun & yana kurangkan dan gunaolive oil
2 cawan santan

BAHAN B
1/2 labu bawang besar
1 inci halia
1 batang serai
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering ~ Tun & yana guna 2 sb cili boh
1/4 cawan udang kering

BAHAN C
3 ekor udang ~ yana letak lebih
2 sudu makan isi kerang ~ yana xletak
3 biji bebola ikan ~ yana letak bebola sotong

BAHAN D
1 inci kulit kayu manis
1/2 cawan serbuk kari daging 
15 helai daun kari

BAHAN F
2 cawan laksa - rendam dlm air panas ~ yana guna spagetti
1 biji telur rebus
2 sb hirisan timun
1 biji tauhu pok ~ Tun & yana letak banyak
1 tangkai daun sup
1 sk bawang goreng

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B yg telah dikisar hingga harum dan kering
  2. Masukkan bahan D, ayam dan kacau
  3. Masukkan santan, tutup periuk dan kecilkan api. Masak 10 minit hingga santan pecah.
  4. Masukkan air, bahan C dan E. Masak selama 1/2 jam.~ Tun & Yana masukkan tauhu pok sekali.
  5. Masukkan bahan F dalam mangkuk dan tuangkan kuah.
  6. Tabur bawang goreng dan daun sup
Selamat Mencuba :-)

6 comments:

Gee® said...

Salam yana, k.gee pon buat juga kari laska tp versi ikan... nak try yg ini pulak lah... nmpk menggoda !!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam yana..
wahhh.. lajunyer dia mencuba.. syabas! akak pun berkenan gak ngan resepi ni... harap2 ada kesempatan utk mencuba juga... terliur la pulak haa...

tun_telani said...

Salam kak yana cayanggggg!!! ^^ semoga selamat perjalanan pegi balik. sedap kan resepi nih. sbb tun peminat tegar mi kari, tu yg cepat betul cuba resepi ni.

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam
balik Kedah yek, cuti 3 hari kan blhlah jln2 atau blk kg
emmm sedap nampak menu Yana ni mabelesss

Hafizah Mohamad said...

Salam Yana Lalink...sedapnyer laksa kari ni...nanti leh la try buat....dapnyer....=)

Ave Ry said...

Sedap kelihatannya... itu yang bulat-bulat apa ya? mau coba ah dirumah :)