Tuesday, August 14, 2012

NASI TOMATO & AYAM MERAH TOMATO

Assalamualaikum dan salam 25 Ramadhan 1433 Hijrah..
Curi masa kejap nak update blog..lepas ni banyak keje perlu disetlekan sebelum balik kampung ari khamis nii..Dah tak sabar rasanya nak bersahur, berpuasa & berbuka dgn mama tercinta ^^..

Awal pagi yang indah ini jom kita cuci mata dulu dengan Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah Tomato..Kedua2nya resepi dari Kak Ummi Kuantan..tq Kak Ummi share resepi nii..tersangatlah mavelesnya ^^.. Ekceli yana suka masak nasi tumis2 mcm ni sebab xbanyak songeh..masak nasi lepas tu 1 jenis lauk pun dah cukup..tambah rajin sikit buat acar mentah..senang kijo mak hikhikkk.. 




NASI TOMATO
Resepi : Kak Ummi @ HSH

BAHAN-BAHAN:-

3 1/2 cawan beras basmathi ~ basuh & rendam 15 minit. Toskan.
4 1/2 cawan air
1 cawan susu sejat
2 biji tomato ~ didadu kecil
4 sudu besar pes tomato
2 helai daun pandan ~ disimpul
1 sudu besar garam kasar ~ yana xletak
4 sudu besar minyak sapi
1 cawan kismis ~ yana xletak xde stok
1 cawan gajus yg digoreng/dipanggang
Bawang goreng secukupnya
1 kiub stok ayam ~ yana tambah

BAHAN TUMIS
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
7 biji bawang merah ~ mayang nipis

CARA NAK BUAT:-
  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan buah tomato, pes tomato dan kacau sebentar.
  3. Masukkan beras dan daun pandan. Gaul rata sekejap.
  4. Masukkan air, susu sejat dan garam. Kacau perlahan sekejap dan biar nampak mendidih sikit.
  5. Tuangkan ke dalam periuk nasi elektrik ( rice cooker ) dan masak nasi seperti biasa.
  6. Bila nasi sudah kering, kaup nasi perlahan-lahan dari bawah ke atas, rata perlahan dan tabur kismis dan gajus. Biarkan nasi masak elok. Hidangkan dengan taburan bawang goreng, ayam merah tomato dan acar masak atau acar mentah.
Selamat Mencuba ;-)


AYAM MERAH TOMATO
Resepi : Kak Ummi @ HSH

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ayam ~ potong 12/14
2 biji tomato ~ didadu kecil
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar pes tomato
2 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula
1/4 cawan air
garam secukup rasa
minyak secukupnya
kacang peas ~ yana tambah

BAHAN KISAR
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 cm halia

BAHAN TUMIS
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih

CARA NAL BUAT :-

  1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Perap 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar, cili kisar serta tomato dadu. Kacau kejap.
  3. Masukkan semua sos, cuka dan air. Masak mendidih sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak hingga agak pekat dan tutup api. Hidangkan dengan nasi tomato atau nasi minyak ikut citarasa.
Selamat Mencuba :-)

2 comments:

Amie said...

Betul tu Yana... cukuplah satu lauk & acar.. kalau banyak jenis lauk, tak tahu nak makan mana satu, lagipun nasi tomato tu dah cukup sedap!

Qhaifa Nur said...

dah nak last posa ni dapat makan nasi tomato sedapnya......