Friday, January 6, 2012

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN

Assalamualaikum dan salam petang Jumaat..waahh byknya sawang ^_^..Alhamdulillah dapat lagi kita bersua selepas lebih seminggu tuan tanah menghilangkan diri tanpa pesan..huhuuu..Ekceli tuan umah agak kemalasan sikit nak pegang cik lappy..Balik jer dari cuti2 malaysia ari tu, En.hubby ajak blk kg dia pulak..kita ikut jer walaupun penat xhilang lagi..Biasalah kan klu duk umah mertua nii..xleh nak rest mcm kat umah sendiri..klu kat umah bleh gak nak tido smpai xhingat dunia..klu males masak kita tapau jer nasi kandar berhampiran ^_^

Petang ni jom kita jamu mata dulu dgn menu petang semalam..Bingka Roti Kukus Pandan..dah lama perap resepi yang terskodeng kat dapur Kak Ummi Kuantan nii..akhirnya semalam dapat jua merasanya..dah ramai yg cuba dan memuji kesedapannya..ternyata mmg sodapp ^_^..Sory yer pic x begitu menyelerakan..nk snap pun males ^^

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : Notabilia


BAHAN-BAHAN:-

8-10 keping roti putih ( akak guna 9 keping roti Gardenia-xperli siat kecil )
200 ml santan - ( akak guna santan kotak kara je )
200 ml air
1 cawan gula ( akak letak 3/4 cawan je gula kastor )
4 biji telor - ( akak buang tali pusatnya )
1 sudu teh gara, halus
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 helai daun pandan - disimpul

CARA NAK BUAT :-
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang2nya 10 minit
  3. Pindahkan kepingan roti yg direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci ( akak sapu dulu loyang dgn sedikit mentega ). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
  4. Letakkan daun pandan yg telah disimpul di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15-20 minit. ( akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka )
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidang. ( letak dlm frige dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak..hehe )
Selamat Mencuba :-)

17 comments:

Liza said...

alamak aiiii...baru tgh berkira2 nk buat, ghupernya dh sampai sini dulu yer...telan air liur jer la dulu....hihihihi

Amie said...

Selamat petang Yana,
langkah kanan kita ni... datang sini terus mengadap hidangan petang! Jangan lupa secawan teh panas ye Yana!

nonierahman said...

alamak.sedapnya...kalau ada kuah kastard lagi best nie..laparla pulak :)

cik cek said...

yana...tak nak ke bagi kak cek rasa...emmm..nampak sedap je..:)

Anna Qawina said...

aslmkm Yana..sedap..sedap..akak pun selalu buat ni..meh sikit leh..

tun_telani said...

kak yana cayang.. Ooooo.. balik kampung rupa2nya.. patut la.. tun masa blk kg pun mmg susah nk duduk depan lappy.
hihihi... tun mmg kalau kt umah mertua pijak semut pun x mati. haha.. tp nasib baik tun tgh wat master, biasa jugak duk dlm bilik utk taip thesis.. jd kalau rasa malas2 sket tu kan, tun pun masuk bilik tido.. tp semua org ingat tgh rajin wat keje sekolah. muahahaha.. ;p teruk kan? teruk kan?

AZLINA said...

Assalamualaikum Yana, cantiknya warna hijau...tengok pun dah tau sedap, gebu je rupanya tu! Nanti akak nak cuba la jugak.. :))

rahel said...

memang nampak sedap sangat...kalau kat dapur Rahel..alamatnya kena sos coklat lagi..hihi..

Cendana Kasih said...

sedap nampaknyer...hijau, nyaman jer masuk tekak....

Yana Shaiful said...

@Kak Liza>nnt bt lah kak..mmg sedap..anak2 mst suka..wangi jer bau daun pandan melekat kat roti :)

Yana Shaiful said...

@Kak Amie>jemput msk kak..jgn malu2.. yana dh siap semua nii..kek dh potong..tgu nk ngap je nii hihii

Yana Shaiful said...

@Nonie>lg sedap dpt mkn dgn sos kastard tp ari ni males nk bt sos.. mkn cmtu jer hihii

Yana Shaiful said...

@Kak Cek>utk kak cek semua bleh hihii..jemput mkn kak cek..jgn malu2 :)

Yana Shaiful said...

@Kak Anna>sedap kan kak..lepas ni bleh bt lg..xpuas mkn :)

Yana Shaiful said...

@Tun>sama lah kita..duk umah mertua jd sopan santan sgt..semua perangai cover hihiik..

Yana Shaiful said...

@Rahel> sedapnya sos coklat..yana ari ni ada penyakit M plak..mkn cmtu jer hihii

Yana Shaiful said...

@Kak CK>sedap kak..nnt cubalah.. dpt mkn dgn sos kastrd lg sedap :)