Sunday, June 26, 2011

NASI GORENG BERIANI~bekpes kami :=)

Assalamualaikum dan slamat pagi semua..pagi ni lmbt plak dpt bern3..en.hubby dari pagi duk pgg lappy..bz memanjang dgn cik lappy..ada je yg dia nk godek dgn lappy kita nii..heheee..Tak nak citer panjang kita terus je terjah ke dapur..Nasi semalam ada lebihan lagi so, kita jadikan nasi goreng plak..maknanya pagi ni kami heavy bekpes and tengah ari tak yah masak..hooree angkat tangan cani..hikhikk..melampaunya..bini sape nii..;-)

Jom kita layann je Nasi Goreng Beriani..goreng ala2 nak masak nasi beriani gituu..best je bau rempah beriani..layannn :-)


NASI GORENG BERIANI


BAHAN-BAHAN:-

2 cawan nasi ( relaikan )
1 sudu besar planta
1 ulas bawang merah ( tumbuk halus )
2 ulas bawang putih ( tumbuk halus )
1/2 labu bawang besar
1/2 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 biji tomato ( potong dadu )
1 sudu besar rempah beriani + 4 sudu air
1/2 cawan susu cair
1 helai daun pandan
Garam
Gula
Serbuk perasa



CARA NAK BUAT:-
  1. Panaskan planta dan tumis semua jenis bawang bersama kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau. Masukkan daun pandan dan juga buah tomato.
  2. Kemudian masukkan rempah beriani dan juga susu cair. Kacau kejap dan perasakan dgn garam, gula dan juga serbuk perasa.
  3. Tunggu hingga kering sedikit baru masukkan nasi. Gaul rata. Last masukkan sedikit pewarna kuning. Bagi ceria nasi goreng kita..Gaul rata and bleh tutup api. Siap untuk di hidangkan bersama ayam goreng berempah..Slamat Mencuba :-)

8 comments:

Zaliedana said...

Assalam yana,uii nasi goreng beriani pon da eks..Hihi,kreatif2..Xpernah lagi wat nasi goreng beriani..Nmpak sedap yana,best lah eks,xyah msk lunch dah..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum yana..
wah sedapnya nasi goreng beriani tu yana... akak pun x perna lg buat nasi goreng beriani nie.. nampak cam sedap jer kan...

eina said...

rajin nya yana...

Hafizah Mohamad said...

sedapnyer yana...kak fiza ada juga beli rempah beriani tapi x tahu nak masak apa...ni nasik grg ni nampak sedap jer....anti leh la cuba...=)

YANA SHAIFUL said...

Ct: saje nak test jadi ke x klu goreng plak nasi beriani ni..best jgk hikhikk

YANA SHAIFUL said...

K.Diana: Sedap jugak versi goreng nii..try la bt kak lepas nii hehee

YANA SHAIFUL said...

Eina: Tgk time jugok rajin nii.. hehee

YANA SHAIFUL said...

K.Fiza: best jugak kak goreng cani..yana test je nii..phni bleh buat plak hehee