Salam pagi Jumaat..ari ni smpt pagi2 g buka lappy..Semua dah sarapan kee? yana sambil menaip ni sambil menjamu selera hehee..Bekpes ari simple jee..bgn tadi gulung roti gardenia and letak je inti apa yg ada kat dapur and jadi lah roti gulung rangup nii.. jom kita semak resepinyaa..ekceli ni resepi campak2 jee..pandai2 je lah ek..layannn.. :-)
ROTI GULUNG RANGUP BERINTI
BAHAN-BAHAN :-
5 keping roti gardenia ( canai bagai nipis )
1 biji telur
2 ulas bawang putih ( tumbuk hancur )
1/2 batang carrot ( hiris memanjang )
3/4 batang timun ( hiris memanjang)
Daun bawang ( hiris memanjang )
Isi ayam secukupnya ( hiris nipis )
Bread crumbs secukupnya
Garam
Serbuk perasa
CARA NAK BUAT:-
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan isi ayam dan goreng hingga masak.
- Masukkan carrot, daun bawang dan timun. Kacau dan tambah sedikit air.
- Perasakan dgn serbuk perasa dan masak lagi hingga air kering.
- Dah siap inti dan sejukkan kejap.
- Ambil sekeping roti dan letakkan inti di tengah2 dan gulung. Sapukan bahagian tepi roti dgn tepung gandum yg dicampur air sbagai gam.
- Celup roti dalam telur yg dipukul sedikit dan golek2 atas bread crumbs. Buat hingga abis roti tadi.
- Last goreng dalam minyak yg byk dan panas. Angkat bila roti warna gelap dan keemasan. Slamat Mencuba :-)
3 comments:
Salam
sdp ni sarapan utk pg atau ptg...
ank pun suka buat cam ni...berinti..dan roti pun ragup...boleh juga buat bekalan bekelah....
Wksalam..
haah..tul tu..nak buat pun senang.. kenyang sepanjang ari..hikhikk
Memang sedap..dah try buat...anak2 suka...terima kasih yer..
Post a Comment