Tuesday, June 7, 2011

IKAN MASAK KICAP PEDAS BERKUAH

Assalamualaikum..betul2 nak cepat nii..Dah nak magrib..curi masa jap je..dah berapa hari xngedit blog sejak blk dari kg..byk keje nak setle..bz dgn si kecik yg makin membesar lagi..malas nak pgg lappy..jom je kita ke dapur..resepi nak cepat gak nii..campak2 jee hikhikk..layannn :)


IKAN MASAK KICAP PEDAS BERKUAH




BAHAN-BAHAN:-

3 ekor ikan selar ( goreng dulu )
2 ulas bawang putih ( tumbuk halus )
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
2 sudu besar cili kisar
6 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar cili sos
1 1/2 cawan air
1/2 labu bawang besar ( hiris bulat )
1 biji buah tomato ( potong 4 )
Garam
Gula
serbuk perasa

CARA NAK BUAT:-

  1. Tumiskan bawang putih, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. Bila dah naik bau masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak. 
  2. Masukkan ubi kentang dan gaul. Masak 5 minit baru masukkan air bersama kicap manis dan masin. Kacau lagi. 
  3. Masukkan cili sos dan rasakan bahan perasa. Masak hingga ubi kentang empuk dan masukkan ikan yang telah digoreng tadi, bawang besar dan buah tomato. Tutup api bila dah mendidih dan siap untuk  dihidangkan..Slamat mencuba :-)

No comments: