Friday, June 17, 2011

ASAM PEDAS BENDI

Assalamualaikum..ari ni xsempat bern3 resepi..my baby bt hal..ibu pgg je lappy trus dia nangis.. nak suh layan dia jee..xpe lah..kita layan je lah..dia sorang je jantung hati penawar kesunyian.. lagi pun ari ni besday dia..sorry my baby, ibu xsmpt nak bt besday kek..tgu kita potong kek kat umah nenek je lah ek..heheee

Jom lah kita intai resepi simple ari nii..tibe je terfikir nak bt asam pedas bendi..my hubby suka bendi..klu masak asam pedas mst letak bendi byk2..kali ni kita masak asam pedas bendi..biar dia mkn byk2 hikhikk..



ASAM PEDAS BENDI

BAHAN KISAR:-

15 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN:-

10 batang bendi
1 ikat daun kesum
1 biji buah tomato ( potong 4 )
5 batang bendi
1 cawan air asam jawa 
Air biasa secukupnya
garam
gula 
serbuk perasa
minyak untuk menumis

CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan air asam jawa dan kacau.
  2. Masukkan daun kesum dan juga bendi. Kacau kejap dan tambah air biasa sikit. 
  3. Garam, gula serta serbuk perasa. Dah cukup semua rasa tunggu je bendi masak. Sebelum tutup api masukkan buah tomato..Siap untuk dihidangkan..Slamat mencuba..:-

4 comments:

Mas said...

yana...
mas suka asam pedas..
sedappnya tengok,...

Anna Qawina said...

hmmm...ni bila punya ni? harini? elokla tu...meh bg sikit..malasla nk masak...hehe

YANA SHAIFUL said...

K.Mas: yana pun suka asam pedas.. slalu je msk..;-)

YANA SHAIFUL said...

Anna: jom kak kita mkn sama hehee ;-)