Saturday, June 18, 2011

DONUT BALL PANDAN~ blk kg ^ ^

Assalamualaikum dan salam petang sabtu..ari ni yana betul2 bz..esok pagi dah nak blk kg..byk benda nak kemas..paling penting brg my baby..brg dia yg paling byk nak isi lam kete..Ari ni en.hubby keje so, xyah fikir masak tengah ari hehee..Ekceli yana pun xde mood dah nak msk ni..hati dah ada kat kg..xsabar nak jejak kaki kat kg esok..6 bulan xblk mst lah rindu nak jumpa and peluk cium my mama..

k lah, jom kita intai donut best yana buat ari khamis g tapi xsempat nak tayang..dah byk blog try buat donut pandan nii..mmg best dan lembut sgt..buat pun kejap jee..Yana terskodeng donut ni kat umah K.Mas Duniaku..nak tgk kat umah K.Izah pun ada and asal resepi ni mst lah dari umah K.DJ..tq untuk semuanyaa.. yana mintak izin share kat sini plak..







DONUT PANDAN BALL


BAHAN-BAHAN :-

2 cawan tepung high protein atau tepung gandum
1 sudu besar marjerin
1 biji telur
1 sudu kecil pelembut doh 
1/2 sudu besar yis segera + 1/4 cawan air suam (direndam sehingga berbuih)
90 ml susu segar (-/+)*kurangkan sikit
1/2 sudu kecil pes pandan atau pandan emulco
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
gula icing atau gula halus untuk saduran



CARA NAK BUAT :-

  1. Kisar/putar semua bahan (kecuali tepung, pelembut doh, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan pelembut doh. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing atau hiaskan dengan topping kesukaan.


* Sorry semua yee coz xsmpt nak Bw ari ni..InsyaAllah nnt ada masa yana round semua umah yee.. nak kemas brg and umah esk nak blk kg..kita bercuti lagiii...Doakan yana slamat smpai ke kg yaa..:-)

4 comments:

Mas said...

yana..lembut gebu kan donut tu....
sedappp...

balik kampung yerk yana...
moga selamat pergi dan balik yerk...

Wattie said...

Salam Yana,
Sedapnya nampak donut pandan tu

YANA SHAIFUL said...

K.Mas:Haah..mmg lembut..suka sgt donut nii..bau wangi pandan.. Alhamdulillah..kami dah selamat kembali ke rumah nii..:-)

YANA SHAIFUL said...

K.Wattie: sedap..akak kna try bt nii..;-)