Wednesday, June 15, 2011

NASI KOMOK~ againsss :-)

Assalamualaikum..ari ni lambat dpt bern3..xsempat nak pgg lappy..keje byk nak buat..Tengah ari ni yana masak nasi komok..nasi ni ekceli nasi beriani siam..yana slalu masak nasi ni coz cepat dan lauk xbyk..hubby and baby pun suka mkn..simple je nak buat nasi ni tapi yg penting ada rempah komok je lah..nasi ni jgk xde kuah..juz mkn dgn sos cabai..Dulu mama yana slalu buat klu kami adik bradik blk kg..skg ni kna buat sendiri je lah klu nak mkn hehee..

Panjang plak membebel petang2 nii..jom kita ke dapur intai resepi best nii..my baby dh bising tuu..layannn ;-)


NASI KOMOK

2 1/2 pot beras basmathi ( cuci dan toskan )
6 ketul ayam
2 sudu besar majerin
3 cawan air
3 sudu besar susu cair
2 ulas bawang putih (mayang)
1 ulas bawang merah ( mayang )                    
1 inci halia ( mayang)
1 inci kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 1/2 sudu besar rempah komok ( campur sikit air )
1/2 sudu kecil serbuk kunyit


CARA NAK BUAT :-

  1. Panaskan majerin dan tumis bawang putih, bawang merah, halia, kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. 
  2. Bila dah wangi masukkan rempah komok dan kacau. Lepas tu masukkan ayam dan kacau. Tambah sedikit air dan biar hingga ayam masak.
  3. Kemudian masukkan air macam nak masak nasi dan masukkan juga susu cair. kacau jap dan masukkan bahan perisa dan juga serbuk kunyit. 
  4. Dah cukup rasa boleh lah masukkan beras. Gaul bagi rata dan masak je macam masak nasi biasa. Slamat mencuba :-)


SOS CABAI

Bahan-bahan:-

10 biji cabai merah*
2 biji cili api ( nak pedas boleh tambah lagi )*
2 ulas bawang putih*
1 ulas bawang merah*
Cuka (Sikit je )*
Air nak blend *
Garam
Gula
Limau nipis

CARA NAK BUAT :-

Bahan * tadi di blend. Lepas tu masak atas api. Kacau sambil tambah lah garam dan gula. Perah limau nipis biar ada rasa masam-masam manis.

*Ayam boleh juga nak masak asing atau mkn dgn dalca or ayam goreng kee..yg ni stail yana bt..senang nk msk and nk mkn hehee..

8 comments:

Zaliedana said...

Assalam Yana,uii xpernah dengaq lagi da rempah komok,nila 1sttime dengaq..Jakun toi kan,NMpak sedap jer nasi komok tuh..

cik cek said...

kak cek pun tak penah dengo rempah komok....rempah ape tu ek...nak jugak tau....:)

Hafizah Mohamad said...

Kak fiza pun sama x pernah dengar lagi nasik komok ni...kalau ngamok tu biase ler...he he he...ada ual ke yana...atau yana buat sendiri rempah tu...nampak sedap jer nasik tu...=)

indahhouse said...

salam yana,
apa khabar?
wah.. camana ya rempah komok tu? cantik warna nasi komok tu.

YANA SHAIFUL said...

Zaliendana: kat klate femes je nasi ni..asal dari Thailand..best nasi ni..ala2 beriani gituu..hehee

YANA SHAIFUL said...

K.Cek: Nasi dari thai nii.. nnt yana tayang rempah nasi ni ek..klu nak bleh oder..hikhikk

YANA SHAIFUL said...

K.Fiza: best nasi komok nii..klu mkin mst ngamok nak lg hehee.. setahu yana ada jual kat klate jee..tu pun di kedai2 yg terpilih.. dulu bleh kat thailand jee..skg br jual kat Pasir Mas :-)

YANA SHAIFUL said...

indah house: wksalam..

nnt yana tayang rempah nasi tu..mcm rempah nasi beriani gak..