Thursday, June 30, 2011

MACARONI SUP~ bekpes & pujuk my baby mkn

Assalamualaikum dan slamat pagi..semua d bekpes ke..yana baru je lepas bekpes sambil pujuk my baby damia mkn..hmm..riso plak tgk dia xnk mkn..ari ni try masak macaroni sup plak..biasa dia suka mkn macaroni sup..tadi dia mkn jgk tapi tak mcm biasa laa..mkn org xsihat kan..dah 4 ari dia xslera..nasib baik susu dia nak minum..Demam dia pun xok sgt g..kejap stabil kejap bdn dia panas blk..hmm..hrp2 xberlanjutan laa..riso ibu..nk mkn nk tido pun xsenang..

Jom je laa kita semak menu bekpes kami pagi nii..tengah ari krg tgk mood cane..kot2 demam my baby dtg lg..maknanya x masuk dapur laa..ayah dia kna beli nasi kedai laa..jom kita layann..:-)



MACARONI SUP AYAM

5 ketul ayam
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 inci halia
1/2 biji buah tomato
4 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih ) serba 1 je
3 biji cili api
1 biji ubi kentang
kiub ayam maggi
garam
serbuk perisa
limau nipis
air secukupnya
daun bawang & daun ketumbar
bawang goreng
minyak untuk menumis
Macaroni ( jangan lupa rebus dan tos kan )

CARA NAK BUAT :-

  1. Panaskan minyak sikit dan tumiskan bawang putih, bawang merah, buah tomato dan 4 sekawan sampai wangi. Lepas tu masukkan ayam dan ubi kentang. Gaul kejap biar rata dengan tumisan tadi. kemudian masukkan air secukupnya. Tutup periuk jap biar ayam dan ubi kentang masak.
  2. Lepas tu kacau dan masukkan garam,serbuk perisa dan kiub ayam maggi. kalau rasa dah ok maknanya dah ok la tu hehee..Last sekali masukkan macaroni dan kacau jap. bleh la kita hias kita daun bawang, daun ketumbar dan juga bawang goreng. perah sikit limau nipis..pasti terangkat..slamat mencuba :-)

8 comments:

Hafizah Mohamad said...

sedapnyer yana...satg nak buat gak la untuk anak kak fiza...dia mmg sukes sgt makaroni ni...=)

Mas said...

bestnya sarap macaroni sup!

norlie said...

salam ziarah dan kenal

nuwairani ismail said...

selalunya budak suke makan mende2 yg mcm pasta ni. mungkin betol la kot dia tak sehat...takpe...semoga pasni dia cepat2 sembuh. bari ibu boleh tidur dgn lena...

YANA SHAIFUL said...

K.fiza: bdk2 mmg suka macaroni kan tp xleh bt slalu gak..baby yana cepat boring klu mkn yg sama jee.. hehe

YANA SHAIFUL said...

K.Mas: Mmg best..klu kt punya mst tmbh cili api and perah asam limau..lg best kan hehee

YANA SHAIFUL said...

Norlie: salam kenal kembali..tq sudi singgah sini ;-)

YANA SHAIFUL said...

Nani: Mak bdk pun suka jgk klu pasta nii hehee..Alhamdulillah anak aka dh mkin sembuh..:-)