Wednesday, June 29, 2011

AYAM GORENG TEPUNG ALA KFC

Assalamualaikum dan slamat petang..lmbt betul bleh bersiaran ari ni..xsmpat nk pgg lappy..my baby still demam tapi dh semakin ok..cuma mkn je xselera sgt g..xtau nk msk apa dh utk baby sorang nii..

Jom je lah kita intai resepi ayam goreng ala KFC nii..yana terskodeng kat umah ct minggu lepas g and semalam terjenguk plak kat umah Kak Madiha..tengah ari tadi try test bt mkn sorang2 jee hehee..mmg best laa..tq pada tuan empunya resepi Ijan Blogresepi..mintak izin share kat sini plak ek.. tq juga pd Ct and Kak Madiha coz berjaya goda diri ini utk bt ayam goreng nii..lepas ni say bye je laa kat kfc hikhikk..Jom layann :-)



AYAM GORENG TEPUNG ALA KFC

Bahan Untuk Perap Ayam

6-8 ketul ayam
3 ulas bawang putih ( tumbuk )
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ( tumbuk halus )
secubit baking powder
secubit serbuk perasa
sedikit garam


Bahan untuk tepung

1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras ( guna tepung jagung 2 cawan pun xpe)
3 ulas bawang putih ( tumbuk )
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ( tumbuk halus )
sedikit garam
secubit baking powder
secubit serbuk perasa



Bahan Tambahan

1 biji telur 
Minyak secukupnya 


Cara2

1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam.
2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas sehingga rata.
3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

Slamat Mencuba :-)

3 comments:

izahdaut said...

wah sedap tu....
nak 2 ketui.. sian baby demam ye.. get wel soon

Yana Shaiful said...

amek je la kak..jgn malu2 hikhik..
InsyaAllah baby semakin sihat dh nii..:-)

Anonymous said...

Fine way of describing, and pleasant post to obtain information concerning my presentation focus,
which i am going to deliver in college.

My web-site: bankruptcy attorney florida