Sunday, June 12, 2011

TOMYAM CENDAWAN

Assalamualaikum dan salam petang ahad..baru smpt nak bersiaran..keje2 semua dah setle..jap g nak BW cari resepi petang plak..waahhh..baru je mkn tengah hari dah fikir menu petang plak hehee..biasa lah kan ari minggu..en.hb ada kat umah kna layan selera laa..jom kita intai dapur jap tgk menu kami tadi..simple jee..en.hb nak mkn tomyam..so, kita msk je lah cuma kali ni msk tomyam cendawan campur dgn sayur mayur jee..ari2 mkn ayam boring gak..ari ni tomyam cendawan, ikan goreng dan telo dadar..byk gak mkn walaupun lauk simple jee..jom je kita layaannnn..:-)





TOM YAM CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:-

1 paket cendawan tiram
4 ulas bawang putih
2 batang serai diketuk 
5 helai daun limau purut
3 sudu besar cili sos
4 sudu tomato sos
2 biji cili api (potong)
1 biji buah tomato ( potong 4 )
1/2 labu bawang besar ( potong bulat )
Carrot
kobis bunga
garam
bahan perisa
air secukupnya
minyak nak tumis
jus limau nipis

CARA NAK MASAK :-

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato, serai, daun limau purut. Gaul semua bahan tadi dan masukkan carrot, kubis bunga dan juga cili api. 
  3. Bila dah naik bau masukkan air..klu nak kuah byk lebihkan air.
  4. Masukkan garam dan bahan perisa
  5. Tunggu hingga mendidih baru masukkan cendawan, bawang besar dan buah tomato..Bleh tutup api dan masa nk hidang baru lah kita perahkan jus limau nipis..
  6. Siap utk dimakan..Slamat Mencuba...-:)


2 comments:

Hafizah Mohamad said...

shedapnye Yana...kak fiza ngan anak2 suka tomyam campur cendawan ni...selalunya kalau beli tom yam mmg berebut budak2 ni....nak buat tom yam x berapa pandai...pas ni blh la ikut resepi Yana pulak...=)

YANA SHAIFUL said...

resepi simple je ni kak..hubby yana xleh mkn seafood tp suka tomyam.. yana bt pes sndiri je laa..hehee