Tuesday, June 19, 2012

GRILLED CHICKEN CHOP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..Tengah hari yang sudah hampir kepetangan ni yana nak tayang menu dinner beberapa hari lepas..waaahhh lamanyaaa baru nak tayang ^^..Grilled Chicken Chop ni terhasil lepas tergoda kat umah Kak Q ari tu..xpernah terfikitr nak buat chicken chop sendiri..baru 1st time mencuba and en.hubby ckp sedappp..lepas ni buat lg yerr ^^..Yana ikut semua cara dan tambahan yang Kak Q buat..

Xde lah susah sangat nak buat chicken chop sndiri..klu x asyik mkn kat kedai jer..lepas ni nak cuba buat yg goreng rangup plak..mesti lagi ummppphh^^..pe2pun layan dulu Chicken chop yang nii..yana makan bersama coslow dan jugak kentang goreng..timun, salad dan tomato dah kehabisan stok..maklum lah masa buat tu dah hujung minggu..biasanya banyak stok barang dapur dah abis..tgu wiken baru p borong plak^^..tq pada tuan empunya resepi Kak Wana dan juga Kak Q yang berjaya goda yana untuk mencuba buat chicken chop sendiri..lepas ni goda lagi ekkkss hihii ^^


GRILLED CHICKEN CHOP
Sumber cuci mata : Kak Q @ Qasehku Quinnie

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ayam ( di belah 4 dan 'debone'kan ayam - dapat 4 keping )
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia ditumbuk dan perah jusnya ke dalam ayam )
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock )
Q tambah 1 sudu besar madu
Q tambah seulas bawang putih dicincang halus

CARA NAK BUAT:-
  1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam peti sejuk selama beberapa jam. Seelok2nya semalaman. Yana perap dalam 5 jam.
  2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas non stick pan. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je lebih mudah!
* Q bakar guna non stick pan..lepas tu letak minyak skit dan bakar dgn api perlahan hingga masak..minyak gorengan ayam jgn dibuang..simpan utk letak dalam sos perang.


SOS PERANG ( BROWN SAUSE ) @ SOS LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:-

1 labu bawang besar ( potong dadu )
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut mcm2 ada dlm tepung )
1 liter air ( lebih kurang dlm 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap ( utk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos cili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus )
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu
sedikit garam
Q tambah sedikit madu
Q tambah serbuk lada hitam
Q tambah 2 sudu besar minyak lebihan gorengan ayam
Q tambah bawang putih dicincang

CARA NAK BUAT :-

  1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bbawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
  3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos2. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan. Bila sos dah masak Q letak 2 sudu besar minyak gorengan ayam dlm sos. Kacau sebati dan tutup api.
* Jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masuk tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan2 lain boleh juga. Tapi saya lebih suka begini je sebab lebih senang.
**Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong2 jika anda mahu. Hidang chicken chop anda dgn kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!





Selamat Mencuba :-)

24 comments:

Myra Jay said...

Tergoda tengok dengan sosnya.. Fuhhh terliur :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

lama akak tak buat chic. chop yana... rasanya sejak ada anak yg no. 3 tu belum sekali pun buat.. maksudnya dah 3 tahun tak buat... hehe... sedapnyerrr....

Chekgu Azrine said...

adusss...sis..terliurnya tengok..tak pandai buat la..huhu

rahel said...

Wah..grilled chicken chop dah mari...tapi memang nampak sedap la...bila la agaknya gue rajin masak yg mcm ni..huhu..

Amie said...

Yana.... daku tergoda! Dikau yang menggoda sampai meleleh liur menatap chicken chop itu!!!!!

Qhaifa Nur said...

aduh sangat sedap malah meleleh air liur tengok...

Zalieda Zaliedana said...

Wah nmpk sedap ayam yana tuh..Huhu ct pon dah lma xwat n mkn ciken chop ni..Erm pasnih leh ajk hb kata ngidam nk mkn ciken chop,haha dasar mls kan,so leh la bgi alsan ngidam,hehe..

Nuwairani said...

adui dui....dah lama x makan ayam pesen2 gini. nani pun belum tambah lagi stok brg2 dapur macam ayam dll. boring dah asik makan roti aje.

Cheq Sue said...

resepi terbaekk... memang sedap rasa CC guna resepi ni... cheq sue buat tu tak puas makan...

Norzie hany said...

Sedapnya GCC ni....nak cuba juga nanti.

Unknown said...

nampak sedap sgt ni Yana...akak pun dah lama tak buat ni..terliur la:)

quinnie said...

wahh dia dah buat jugak..sedap kan..kita pun suka...lepas ni bleh buat yg versi goreng plak yana..hehehhe...mesti hb suh buat selalu nanti ni..kekekke

Yana Shaiful said...

@Myra Jay>tq..nnt cuba lah..sedap ^^

Yana Shaiful said...

@Kak MadiHaA>lamanyaa..kna buat tu kak..cian anak2 akak nk mkn hahaaaa ^^

Yana Shaiful said...

@Azrine>yana br 1st time bt nii..igt ssh tp bila dh buat senang jer..nnt cuba lah bt sndiri..br puas ati tau ^^

Yana Shaiful said...

@Rahel>nnt bt lah..mmg best resepi kak wana ^^

Yana Shaiful said...

Amie> jemput mkn kak..jgn malu2 hihii..sedapppp ^^

Yana Shaiful said...

@Qhaifa Nur>mmg sedap kak..nnt cuba lah..puas ati dpt bt sndiri ^^

Yana Shaiful said...

@Ct>hahahaa..best kan preggy..mntk jer nk ape cnfem dpt..awal2 cani mmg males..lepas ni rs xmau mkn luar dh.. asyik nk msk jer hihii

Yana Shaiful said...

@Nani> tulaa..k.yana pun dh xtau nk mkn ape..last skali nk try bt chop..hmm..lepas ni fikir plak nk msk ape ^^

Yana Shaiful said...

@Cheq Sue> betul tu..lepas ni mmg nk bt lg..tukar beef plak kee..xpun bt yg goreng plak..sedappp ^^

Yana Shaiful said...

@Norzie Hany> nnt cuba tau..mmg berbaloi ^^

Yana Shaiful said...

Kak Nieza> mmg sedap kak..puas ati sgt dpt bt sndiri..^^

Yana Shaiful said...

@kak Q> cnfem lepas ni nk bt yg goreng plak..tgu nak p beli ayam beso dulu wiken ni hihii