Assalamualaikum dan salam hari Jumaat..xleh nak membebel panjang hari nii..banyak tugasan sedang menunggu..bizi betul tuan umah ni kan..komen pun belum berbalas lagi hihii..jom kita layan jee menu dinner kami semalam..Ayam Bakar Halia..Kami makan ratah mcm tu jer..konon2 xmau makan nasi laa ^_^..
Dah ramai kawan2 yang mencuba resepi ayam bakar yang sedap nii..antaranya Ct, Kak Sari, Kak Liza..hmm..sape lagi ekkss..sory yer kalau ada yang tertinggal..yana xsempat nak mencari lagi hihii..moh kita layan jerr..petang sikit baru yana BW yer..nak setle kerja2 yang tertunggak dulu..jumpa lagii ^_^
AYAM BAKAR / PANGGANG HALIA
Resepi : Chef Hanieliza @ Majalah SAJI ( Feb 2012 )
Sumber cuci mata : Kak Ummi @ Home Sweet Home & Tun Telani
BAHAN UTAMA :-
1 ekor ayam ( saiz sederhana )
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil gula ( yana ganti madu )
1 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR :-
4 inci halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah ( * akak letak 5 ulas )
1 sudu besar lada hitam ( * akak letak 2 sudu kecil yg dikisar )
1 sudu kecil serbuk kunyit ( * akak guna 2 cm kunyit hidup )
3 tangkai cili merah
CARA NAK BUAT :-
- Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan.
- Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam. ( * akak perap 2 jam ) yana perap semalaman.
- Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200c selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing.
- Hidangkan bersama salad dan timun.
Selamat Mencuba :-)
6 comments:
betul punya sedapkan, Yana!!
Terliur kak ros tengok
salam kenal....
yana....!!!!kecur air liur di buatnya
ayam ni makan dengan nasi arab lagi best.......
Salam kak yana ^^
mmg sedap ayam panggang nii!! tun dh byk kali buat. meratah cicah sos gitu je pun sedap.
Wah! Nampak berkilat ayam bakar Yana... dah tahu Yana, sedapkan...
Nampak sedap la ayam bakar ni Yana..kalau makan dengan nasi minyak mesti laju meternya kan..hehe..
Post a Comment