Tuesday, November 15, 2011

CHOCOLATE MARBLE BUN

Assalamualaikum semua..n3 nak cepat coz guruh di langit sudah mula berbunyi..bahaya menanti kalau masih lagi asyik layan cik lappy..Chocolate Marble Bun ni yana buat untuk makan petang semalam..malam bleh makan lagi dan sambung makan lagi bekpes pagi tadi..Ehem..ehem..yana buat roti ni coz nak merasmikan BM yang baru di beli hihii..Alhamdulillah..dapat jugak BM yang dh lama ku inginkan..tq pada en.suami tercinta kerana hadiahkan..lepas ni ari2 ayang meroti ek..jgn jemu sudah..hahaaa..

Roti ni elok je jadinya..lembut dan gebu cuma tang rupa jee..mcm xmenarik jer hehee..xpe lah..janji semua dah abis..InsyaAllah lepas ni nak buat lagi menawan..Practise make perfect kan..ayat nak sedap kan ati..huhuu..jom kita layan resepi roti dari CMG nii..asalnya Pandan Marble Bun tapi yana terderhaka sikit jadi choc..sory yer CMG pe2pun mintak izin halal yer yana nak share kat sini pulak..layannnn :=)

COKLAT MARBLE BUN


BAHAN-BAHANNYA :-)



200 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram tepung gandum
20 gram susu tepung
125 ml air
3o gram telur (pecahan 1 biji telur, pukul sedikit dan timbang)
60 gram gula halus
8 gram instant yeast
1 camca teh pandan paste ( yana gnti 1sb serbuk koko+sdkit air)
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softener
1/4 camca teh garam
40 gram mentega
Bijan untuk ditabur atas roti
2 camca besar tepung roti (jika perlu)




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 di atas kecuali mentega, paste pandan dan 2 camca besar tepung roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli sehingga mendapat doh yang lembut dan kenyal. Jika melekat, tabur sedikit tepung roti. Bulat2kan doh, letak dalam bekas besar dan tutup dengan plastik bersih, perap 1 jam. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam Bread Maker, kecuali 2 camca besar tepung roti dan pandan paste, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Tunggu hingga siap.
  2. UNTUK ROTI :- Keluarkan doh tadi, tabur sedikit tepung atas meja kerja. Letak doh dan tumbuk untuk membuang udara. Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian yang sama saiz. Amabil 1 bahagian dan letak pandan paste, uli hingga rata, jika melekat, tambah tepung sedikit dari 2 camca besar tepung roti tadi. Kemudian bagi dua lagi adunan hijau tadi. Adunan tanpa warna pun dibagi kepada 2 bahagian juga.
  3. Ambil 1 bahagian hijau dan 1 bahagian yang kosong, gelek menjadi panjang kurang lebih 30 cm setiap satu. Lilitkan menjadi seakan2 tali, seperti dalam gambar. Kerat kepada 8 bahagian sama besar. Ambil setiap bahagian dan bulat2 kan, Susun dalam bekas yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap. Lakukan kaedah yang sama untuk baki adunan..
  4. Perap roti tadi selama 45 minit atau hingga naik sekali ganda dan memenuhi bekas. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) dan tabur bijan atas roti tadi. Bakar selama 20 - 25 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.

Selamat Mencuba :=)

17 comments:

Zalieda Zaliedana said...

Yana,best lah eks sbb dah da BM,mmg da ank kecik cam kita nih da BM mmg sng,coz smbil BM duk mnguli,kita leh layan ank kan..Jimat masa n tenaga..Ct tadi nak wat roti juga,tapi malas lak,last2 msj hubby suh beli roti gardenia sbb nak mkn ngan daging burger..Nmpk roti yana gebu jer,sdp cicah ngan milo ni.

cik cek said...

Yana...gebunya marble bun ni...sedapnya cecah ngan air kopi...emmm..bestnya..:D

Amie said...

hooo.... gebunya! menjadi menjadik habis ye Yana....sedapnya!

Qhaifa Nur said...

yelah nampak gebu gitu...bestnya kalau dapat buat..

EmbunRosaliza said...

Assalam yana, bestnya dapat BM, senang sikit nak buat roti atau apa2 doh kan, cantik n nmpk gebu je roti tu

tun_telani said...

kak yana cayang!!!!!! mish you toooooooo!!!
sedapnyer roti! esok tun nk buat lah.. eh, belom tgk semua bahan2 cukup ke x..

rahel said...

Selamat malam Yana..
waa rajinnye buat bun..siap marble lagi...gebus je bun tu..

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Yana..
Amboi..amboi.. Rasmikan BM baru yer.. Jeles akak tau! Akak dah ada dah BM tp tgh cuti panjang sbb sakit tu.. Bila ntah nak baiki.

Cantik lak roti tu bila dah naik dan masak sbb cam bntuk bunga lak akak tgk..

Yana Shaiful said...

@Ct>tul tu..yana slalu jgk nk bt roti tp bila fikir nk menguli yg jd males..skg rajin lah sikit dh ada bibik baru hihiii

Yana Shaiful said...

@Kak Cek>jemput Kak Cek kita cicah sama2 :=)

Yana Shaiful said...

@Kak Amie>yana baru nak blaja buat roti..Alhamdulillah..menjadik jugak :=)

Yana Shaiful said...

@Qhaifa Nur> jom lah mkn sama..lembut jer rasa roti ni :=)

Yana Shaiful said...

@Kak Rosa>haah kak..klu xde Bm males jgk nk meroti..susah ada anak kecik ni klu nak menguli lama2:=)

Yana Shaiful said...

@Tun> Tunn..kak Yana nak tukar dgn roti kat umah Tun..lg mengancam hihii

Yana Shaiful said...

@Rahel> rajin nak merasmikan BM nii hihii

Yana Shaiful said...

@Kak Naz> tq kak..tibe2 je jd bentuk bunga..sebelum naik xde plak mcm bunga hehee

Chik Mimi said...

yana kak punya loti mana jenuh tunggu kat tol tau muahhhahaha