Wednesday, April 13, 2011

SUP AYAM~MASAM PEDAS BERAPI

Semalam badan rasa kurang enak..cam nak demam je..bila je rasa nak demam terus tekak ni mintak nak makan sup ayam panas..masam dan pedas berapi hehee..Semua bahan ada so apa lagi..siap lah menu ringkas kami untuk makan malam..Sup ayam and ikan goreng jee...jom layannn...


SUP AYAM

BAHAN-BAHAN:-

5 ketul ayam
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai ( diketuk )
1/2 biji buah tomato
4 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih ) serba 1 je
3 biji cili api (potong)
1 biji ubi kentang ( potong )
sedikit kiub ayam maggi
garam
serbuk perisa
limau nipis
air secukupnya
daun bawang & daun ketumbar
bawang goreng
minyak untuk menumis


CARA NAK BUAT :-

Panaskan minyak sikit dan tumiskan bawang putih, bawang merah, buah tomato, serai, cili api dan 4 sekawan sampai wangi dan buah tomato hancur. Lepas tu masukkan ayam dan ubi kentang. Gaul biar rata dengan tumisan tadi. kemudian masukkan air secukupnya. Tutup periuk jap biar ayam dan ubi kentang masak.
Lepas tu kacau dan masukkan garam,serbuk perisa dan kiub ayam maggi. kalau rasa dah ok maknanya dah ok la tu hehee... bleh la kita hias kita daun bawang, daun ketumbar dan juga bawang goreng. perah sikit limau nipis..pasti terangkat..panas..masam..pedas berapi..slamat mencuba :-)

No comments: