Thursday, April 21, 2011

NASI JAGUNG

Dah lama sangat nak buat nasi jagung tapi asyik tak jadi jee..orang lain dah bertahun bt nasi jagung tapi yana baru nak buat..hehee.. tak kisah lah..janji berjaya jugak buat nasi yang memang sedap nii..yana juz c&p resepi KAK UMMI KUANTAN.. TQ kak Ummi..mmg betul2 sedap..Yana makan nasi jagung dgn ayam goreng ketumbar..simple jee..rasa nasi dah best tak yah ada kuah dah.. Jom semak resepi nii..



NASI JAGUNG

BAHAN-BAHAN:-

6 cawan beras basmathi ( cuci dan toskan )
2 cawan isi jagung ( yana guna jagung frozen )
1/2 cawan susu cair
8 cawan air
2 biji buah tomato ( potong dadu)
2 sudu besar rempah beriani
garam secukup rasa
sedikit gula

BAHAN TUMIS:-

5 ulas bawang merah ( mayang )
3 ulas bawang putih ( mayang )
2 cm halia (mayang halus)
3 sudu besar minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 tangkai daun kari
2 helai daun pandan ( disimpul )

CARA NAK BUAT:-
Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi elektrik dan masukkan bahan tumis, bawang, halia dan daun pandan. Kacau.
Bila dah naik bau, masukkan rempah beriani dan biarkan naik minyak.
Kemudian masukkan beras, jagung, tomato dadu, garam, gula dan susu cair. Kacau sebentar. Lepas tu masukkan air secukupnya dan kacau rata. Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik dan masak nasi seperti biasa. Dah siap.. Nasi jagung boleh dihidang bersama kuzi kambing kee..ayam merah kee..yana makan dgn ayam goreng ketumbar jee..best jugak.. Slamat mencuba :-)



2 comments:

cik cek said...

Salam Yana...
Dtg memalam jalan kat sini...ada nasi jagung...sedap ni...

Yana pekabo...sihat dan ceria selalu ya...=)

YANA SHAIFUL said...

wksalam k.cek..tq sudi singgah cni..yana sihat jee.. sedap tul ns jagung nii..hehee