Thursday, April 21, 2011

AYAM HALIA BERKUAH

Semalam rasa angin satu badan..hmm..tak tau la nape 2 3 ari ni angin byk tul..Tibe2 je terpikir nak masak halia..skodeng jap blog2 otai kot2 ada resepi halia spesel dan berkenan kat ayam halia abg CMG kita..malas nk ckp byk Jom tgk ayam halia kami semalam..masing2 duk irup bak bagi kuar angin hehee..resepi ni yana dah campur aduk dgn resepi2 lain.. so, jadi lah cani..layannn..



AYAM MASAK HALIA BERKUAH

BAHAN PERAP

6 ketul ayam
1/2 kiub ayam maggi
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil Lea & perrins

BAHAN-BAHAN:

2 ulas bawang putih ( tumbuk halus )
1 inci halia muda ( hiris )
1 sudu sos tiram
1 sudu kecil kicap manis
1 biji ubi kentang
1/2 biji cili hijau ( hiris )
Air secukupnya
Garam
Gula
Serbuk perasa
Daun bawang
Daun ketumbar

CARA NAK BUAT:-

Kemudian tumis bawang putih dan halia hingga naik bau wangi. Lepas tu masukkan sos tiram, ayam yang telah di perap dan ubi kentang. Kacau rata. Kemudian masukkan air dan tunggu hingga ayam dan ubi kentang masak.
Masukkan ayam dan kacau rata. Kalau rasa tak cukup bolehlah tambah bahan perasa. Tunggu mendidih dan tutup api..Untuk hidang bolehlah tabur daun bawang, daun ketumbar dan juga cili hijau..Slamat mencuba :-)

4 comments:

Rabiatun said...

Sedap nampaknyer ayam halia ni.. :D

YANA SHAIFUL said...

sedap dan berkhasiat..buang segala angin dlm badan hehee

Nieza said...

nasi jagung memang sedap lama tak mkn...btw salam kenal dr saya...saya follow yer:)

YANA SHAIFUL said...

salam kenal jgk..mmg ns jagung..slalu mkn org bt..kali ni bt sndiri lg sedap..hehee..tq folo:-)