Friday, April 22, 2011

PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Ari ni tak leh nak membebel panjang2..keje banyak tak setle..nak amek masa jap je nak tayang puding yang bt semalam..resepi ni juz c&p dari DAPUR KECIL NORUL and resepi asal dari myresepi..TQ yaa..menjadi gak buat smbil duk berperang dgn my baby..my hubby lak dh lena..blk keje lewat..lpas mkn trus ghaib hikhikk..dah melalut nii..jom lah semak resepi simple nii..cuaca panas mmg best layan puding yang sejuk niii..layann...



BAHAN-BAHANNYA:-

BAHAN A
2 senduk gula


BAHAN B
1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula



BAHAN C
1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu vanilla

(Campur sebati semua bahan C)

CARA NAK BUAT:-

  1. Hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..
  2. Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
  3. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).






4 comments:

Farah Shamsudin said...

sedapnya... nanti nak try lah.

YANA SHAIFUL said...

try lah..sedap mkn sejuk-sejuk..:-)

Iera Daniera said...

wah...leh buat tak pakai telur ek kak. best ni. jimat telur. nanti2 leh try. tq kak singgah2 blog saya lg :)

YANA SHAIFUL said...

hubby akak ckp best ada telur g..tekak dia kot..org nk diet xnk mkn telur byk hehee..