Tuesday, April 19, 2011

UDANG MASAK TEMPOYAK

Dah lama teringin nak makan tempoyak..ari ni jadi jugak..simple je masak tempoyak.. makan sorang2 je..hubby tak suka makan tempoyak..dia cakap masam..memang dia tak suka makan yang masam..so ari ni..masak sendiri makan sendiri je lah..untuk hubby masak menu lain..Jom kita semak resepi simple nii..Layaannn..






UDANG MASAK TEMPOYAK


BAHAN-BAHAN:-


10 ekor udang sederhana besar
2 ulas bawang merah ( tumbuk )
2 ulas bawamg putih ( tumbuk )
4 biji cili api ( tumbuk )
4 sudu besar tempoyak
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 helai daun kunyit ( hiris )
Air secukupnya ( Nak pekat letak air skit je )
Garam
Gula
Serbuk perasa


CARA NAK BUAT:-


Masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama air ke dalam periuk. Kacau kejap dan masukkan tempoyak. Kacau lagi. Bila dah mendidih masukkan garam, gula, serbuk perasa dan juga daun kunyit. Kacau dan tunggu hingga mendidih. Tutup api dan siap dihidangkan..SLAMAT MENCUBA :-) 

3 comments:

cik cek said...

Salam Yana...

Kechur dah kak cek tgk udang tempoyak ni...nasib baik dah kenyang perut ni...kalau tak nak mintak sepiring...he he..

Kak Rosaliza said...

assalam yana sama la mcm akk, kalo msk tempoyak mkn sorang juga, abe x mkn tempoyak. best tu tempoyak udang. akk ari ni msk tempoyak ikn keli hehehe

YANA SHAIFUL said...

k.cek: wksalam..nnt kalau lapar jemput je mkn kak..xbest mkn sorang nii..heheee

K.Rosaliza: abe suka mkn kari jee.. bleh kt tukar kak..nak rasa gak tempoyak ikn keli..hikhikk..