Monday, April 11, 2011

SAMBAL TEMPE BERFUCUK

Salam petang isnin..cuaca kat luar cam nak hujan jee..cian hubby jap g balik lam ujan..xpe..ayang dah siapkan menu petang kita ari nii hehee..skg ni nak cite pasal menu tengah hari luu..masak simple je..yana kan tak pandai nak masak benda yang tak simple..masih sekolah pra dlm masak memasak nii..hehee..pe2pun jom terjah ke dapur..tiba2 teringin nak makan tempe..maka siap lah sambal tempe..letak suun and fucuk byk2.. suka sangat hehee...layannn...



SAMBAL TEMPE BERFUCUK

BAHAN-BAHAN:-

1 keping tempe ( yg dlm plastik tuu )
3 sudu besar cili kisar
1 ulas bawang merah ( mayang )
1 ulas bawang putih ( mayang )
ikan bilis
suun
fucuk
Air secukupnya

CARA NAK BUAT:-

Goreng tempe dengan tepung serbaguna hingga sedikit garing. Kemudian angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis cili kisar, bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Tambah sedikit air dan fucuk. Bila dah sedikit mendidih masukkan ikan bilis, tempe yg digoreng tadi dan juga suun. Kacau bagi semua rata. Kemudian masukkan garam, gula dan juga serbuk perasa. Kalau rasa dah cukup kita kacau je hingga sambal kering dan boleh tutup api. Slamat mencuba :-)

No comments: