Friday, April 8, 2011

AYAM MASAK KICAP~my mama resepi

Salam tengah hari Jumaat..my baby baru tido..ada masa jap nak n3 and BW jap..duk sorang kat umah tak fikir sangat soal makan..hehee..malam ni ada pasar malam dekat umah..confem hubby ajak beli makan kat sana malam krg hikhikk..jom kita layan dinner kami semalam..resepi kegemaran zaman kanak-kanak dahulu sehingga kini..mama slalu buat..kalau daging lagi best tapi yana and hubby tak makan daging sangat so masak ayam je lah..layann..:-)



AYAM MASAK KICAP

BAHAN-BAHAN:-

7 ketul ayam
2 ulas bawang putih ( tumbuk halus )
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
1 sudu besar cili kisar
6 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar cili sos
1 1/2 cawan air
Garam
Gula
serbuk perasa

CARA NAK BUAT:-

Tumiskan bawang putih, bunga cengkih,bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga . Bila dah naik bau masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak. Lepas tu masukkan ayam dan juga ubi kentang. Gaul biar rata dan tunggu biar sedikit mendidih baru masukkan air bersama kicap manis dan masin. Kacau lagi. Masukkan cili sos dan juga bahan perasa yang lain. Tunggu sehingga ayam dan ubi kentang masak. Tutup api dan siap dihidangkan..Slamat mencuba :-)

No comments: