Betul ke tak ejaan PAK PEK camtu..yana pun tak tau..janji sebutan betul hikhik..ni resepi thailand..mcm masak sambal gak tapi lain skit..klu kat kampung mama yana selalu masak Pak Pek ayam tak pun belut.. tapi ari ni yana derhaka sikit dgn mama.. try test buat dgn bilis dan telur rebus..sedap jgk..ekceli ada sebab bt sambal bilis tu..xleh citer g..skg nak citer pasal resepi Pak Pek ni jee..jom semak resepi ni sebelum my baby mengamuk..dia tgh syok main g tuu sambil tgk kartun.. layann...
PAK PEK TELUR REBUS BERBILIS
BAHAN-BAHAN:-
15 tangkai cili kering*
2 batang serai*
4 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah*
1/2 inci lengkuas*
5 helai daun limau purut
3 biji telur rebus
Ikan bilis secukupnya
Air
Garam
Gula
serbuk perasa
( Bland semua bahan bertanda *)
CARA NAK BUAT:-
Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dah bland tadi. Kacau. Kemudian masukkan daun limau purut dan tambah air sikit. Lepas tu masukkan ikan bilis. Bila dah mendidih masukkan garam, gula serta serbuk perasa. Kacau hingga jadi sedikit pekat. Ok..dah siap. Bolehlah letak sambal atas telur yang telah direbus tadi. Best makan dengan nasi panas+ikan goreng kee...heheee
Slamat mencuba :-)
No comments:
Post a Comment