Monday, April 4, 2011

ACAR PERIA

Assalamualaikum dan salam tengah hari..waahhh..ari ni cuaca indah bercahaya..matahari bersinar-sinar di luar sana..hehee..Menu tengah hari ni ikan goreng+budu bercili+acar peria..saje try bt acar ni resepi mudah dari majalah RASA keluaran Mac 2011..best acar ni walaupun pahit..jom kita semak resepi nii..layan..


ACAR PERIA

BAHAN-BAHAN:-

1 biji peria ( potong and rendam dlm air garam 10 minit and toskan )
3 sudu makan udang kering
1 biji bawang besar (hiris)
1 biji cili ( hiris )
2.5cm halia ( hiris )
Garam secukup rasa
Jus limau kasturi secukupnya

CARA NAK BUAT :-

Masukkan peria dalam bekas dan masukkan juga bahan-bahan yang telah dihiris tadi. Gaul jap dan masukkan udang kering, garam serta jus limau kasturi. gaul sehingga sebati semua bahan. Sedia dihidang. Slamat mencuba :-)

No comments: