Thursday, November 24, 2011

SUP TULANG ^__^

Assalamualaikum dan selamat petang semua..Jom je lah kita jamu mata..xde idea nak mengarang pulak..Sup tulang ala Kak Nor..Untuk resepi ni Yana rebus dulu tulang ni 3 kali sebab nak bagi hilang kelemakkan yang ada pada tulang tersebut..lepas tu baru Yana ikut cara kak Nor..Hasilnya tengok ler..kuah xberminyak pun hihiii..untuk menumis pun yana guna sikit jer minyak..pe2pun Tq Kak Nor share resepi ni..menjadi jugak sup tulang walaupun xde sangat rasa kelemakkan daging tulang tersebut tapi bagi tekak kat umah ni ok jer..hirup sampai abis jugak hihiii..=)


SUP TULANG

resipi asal : K.Nor@SecubitGaram



BAHAN-BAHAN;-

1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
3 biji bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih - dimayang halus
2 in halia diketuk
1 rempah sup bunjut@3 sudu besar rempah sup serbuk
1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk

3 biji ubi kentang
garam dan gula secukup rasa

1 btg celery jika suka ( yana xletak )
1 kiub pati ayam
air secukupnya
bawang goreng dan daun sup

bahan penumis :
5 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang


CARA NAK BUAT:-

Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.

Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..

Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.

Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).

Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)

Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.

Selamat Mencuba :=)

13 comments:

Amie said...

cara memasak yang menyihatkan ini ye Yana.... taklah lekat2 minyak kat tepi mulut time hirup kuahnya tu...

Zalieda Zaliedana said...

Yana bagus2,kira menu sihatlahkan,sbb xberminyak..Ct kalo tulang ke daging yg berlemak mmg xsuka n xleh telan,suka batang pinang jer,dlm esbok mmg da tulang rusuk,igt nak wat mee kuah,tapi xjadi2 lagi,adeii..

rahel said...

bestnya dapat hirup kuah sup tulang time hujan2 ni...segarrrr.

tun_telani said...

kak yana, kt kampung, ni menu wajib lepas raya haji.. tun x mkn daging, jd sup tulang pun x makan jugak. tp tun paling2 x suka bila basuh periuk bekas sup tulang ni. lemak diaaaa.. adoiii.. xtahan betol.

Nuwairani said...

kalau nani masak pon ikut cara kak yana. sejukkan dulu daging yang direbus tu kemudian keluarkan lemak yang berketul tu. baru la sedap dimakan. memang tak suke kalau makan sup ke, singgang ke, kemudian lemak melekat2 kat bibir kita.adoi..

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam yana..
wah best kalau mlm begini sejuk2x dpt hirup sup

Yana Shaiful said...

@Kak Amie>haah kak..sbb tu males nk msk sup tulang tp teringin nk mkn..bt cani kurang sikit minyak & lemak yg keluar :=)

Yana Shaiful said...

@Ct>Sama lah dgn yana..bkn suka sgt nk mkn yg berlemak ni tapi dh rezeki ada xkan nk buang pulak..buat je lah.. best jgk tu tulang rusuk bt mee kuah..nnt jgn lupa jemput p umah yer hihii

Yana Shaiful said...

@Rahel>haah..rs panas jer dlm badan bila dpt hirup sup yg masam dan pedas nii :=)

Yana Shaiful said...

@Tun>k.yana layan daging time raya korban jee..xde lah suka sgt mkn..lg suka mkn ikan..hahaa..k.yana xsuka jgk cuci periuk ada bekas minyak sup tulang ni tp terpaksa jgk kna basuh..ambil ms laaa nk siap 1 periuk hehee

Yana Shaiful said...

@Nani>yup..mmg xsuka bila rs berminyak jer kat mulut..ms mkn best je kan hihii

Yana Shaiful said...

@Nani>yup..mmg xsuka bila rs berminyak jer kat mulut..ms mkn best je kan hihii

Yana Shaiful said...

@MamaHawa>ini kes terliur kat umah mama semalam laa..terus yana bt..best dpt hirup sup panas di musim sejuk nii hehee