Sunday, November 13, 2011

KEK LAPIS CHEESE PESONA

Assalamualaikum dan selamat petang..Hari ni cuaca baik skali kat Kepala Batas..matahari keluar menyinari cahaya..sukanyaa kita..bleh jemur semua kain baju hihiii..Petang ni juz nak tayang kek yang membuatkan semua orang terpesona..termasuk jugak lah yana..dah lama terpesona tapi seru belum ada nak membuatnya..semalam baru seru nak membuatnya ada..tengah2 malam buat Kek Lapis Cheese Pesona mmg berbaloi..bleh buat bekpes pagi tadi..ngeee..

Males nak cakap byk pasal kek ni..dah ramai yang membuatnya..Tq pada saudara Ryo@RyoAzhar atas resepi kek yg mabeles nii..lain kali bleh buat lagi tapi kena diet dulu..terasa jer lemak dah kembali hidup selepas abiskan sebijik kek ini..huhuuuu..jom layan pic je la ek :=)

KEK LAPIS CHEESE PERSONA
Resepi: Ryo@RyoAzhar
(yana buat 1/2 adunan jer..:D)



Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)-yana guna LEE jgk )
  • 500 ml susu segar,dipanaskan
B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Caranya :

  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
Selamat Mencuba :=)

12 comments:

Liza said...

waaaa....jeles betul la...tgk org buat lawa je kek ni....

quinnie said...

yana pun dah buat ye..kat rumah ni kita sorang je yg makan cheese..tu yg lemau je nak cuba resepi ni...hehhehe..duk tengok org buat je...teringin sebenarnya nak rasa...:)

Amie said...

memang sungguh mempesonakan, ada lagi tak Yana... laparlah pulak walaupun dah nak tidur ni...

rahel said...

mat mlm Yana..
Rahel belum sampai seru lagi nak wat kek persona ni...emmm..

Eda Amisha said...

daku terpersona ... oh daku terpersona ..... namun belum berani mencoba .... hihi ;p

cik cek said...

Kek ni memang sedap....cuma tak leh makan byk2....nanti tambah gebu bdn...:D

Yana Shaiful said...

@Liza>ye ke lawa..rsnya mcm sememeh ke kek ni..bt kecik je hehee

Yana Shaiful said...

@Q>sama la kita..husben yana xmkn sgt cream cheese..yg ni pun yana ltk nipis je lapisan tu xbg rs sgt cheese..nsb baik abis jgk..bt kecik jer ssb nk rs sgt hihii

Yana Shaiful said...

@Kak Amie>sorry lah kak..terlambat akak smpai sini..semua dh setle hikhikk

Yana Shaiful said...

@Rahel>yana br smpai seru smlm nk buat..dh hmpir sebulan beli cheese..akhirnya bt jgk hikhikk

Yana Shaiful said...

@Eda>brani kan mencuba..mmg berbaloi rsnya..hehee

Yana Shaiful said...

@Kak Cek> tul tu Kak Cek..badan dh terasa gebu dh nii hikhikk