Monday, May 30, 2011

KARI IKAN BAWAL~ala mamak

Assalamualaikum dan salam ceria.. ari ni yana betul2 ceria+gembira..waahhh..padahal ari2 mmg cani pun hehee..pagi ni juz nak tayang menu kami semalam..Krg tak sempat lak nak bern3..byk keje nak setle.. Tak mau bebel panjang2..jom kita ke dapur..layannnn..:)

KARI IKAN BAWAL ALA MAMAK



BAHAN-BAHAN:-

2 ekor ikan bawal
5 ulas bawang putih ( mayang )
3 ulas bawang merah ( mayang )
1/2 biji bawang besar ( hiris halus )
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar halba campur
2 tangkai daun kari
5 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
1 biji buah tomato ( potong 4 )
5 biji bendi
Garam
Serbuk perasa

CARA NAK BUAT:-

  1. Tumis jintan manis, jintan putih dan halba campur hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan semua jenis bawang, daun kari dan juga tomato. Kacau 5 minit dan masukkan serbuk kari ikan. Kacau lagi.
  3. Masukkan air biasa dan juga air asam jawa. Kacau dan rasakan dengan garam dan juga serbuk perasa.
  4. Selepas itu masukkan bendi dan juga ikan. Kacau lagi dan tunggu hingga ikan masak. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang.. Slamat Mencuba..:)

2 comments:

Wattie said...

Assalamualaikum Yana,
sedapnya kari ikan bawal, pekena ngan nasi panas panas

Yana Shaiful said...

k.wattie: wksalam.. haah..xckp 1 pinggan..tambah lagii hehee