Saturday, March 12, 2011

NASI GORENG JAGUNG

Dah lama plan nak masak nasi jagung..tunggu ari minggu je nak masak..tibe lak ada hal ari ni..so, nasi jagung jadi nasi goreng je lah untuk ari ni..tgu next week lak kot2 ada perasaan g nak makan nasi jagung hehee.. Jom kita ke dapur semak resepi jap..nak kuar p kenduri plak jap g..pagi ni heavy breakfast coz nak p makan kenduri jauh..krg x pasal2 lapo plak kat tgh highway..malas nak benti dah hehee..




NASI GORENG JAGUNG

BAHAN-BAHAN:-

2 cawan nasi
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cawan jagung ( jagung biji, yana rebus dgn susu cair dulu jap )
Isi ikan
Carrot
Fishball
Sos perasa
Garam
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis


CARA NAK BUAT:-

Panas minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Bila dah wangi masukkan carrot dan juga fishball.
Gaul rata. Kemudian masukkan isi ikan dan gaul lagi. Lepas tu bolehlah masukkan garam dan juga serbuk perasa. And then bolehlah masukkan nasi dan jagung. Gaul lagi biar rata. Last yana letak sos perasa sikit jgn byk kan masin lak hehee..Dah siap..suka nasi ni coz rasa manis2 jagung gitu..hehee..Slamat mencuba..:-)

2 comments:

are_rul said...

Terliur aku nengok recipi nie..
dah la tengah lapa pulak tu!!
hahaa

Yana Shaiful said...

bleh nengok je lah..nk makan sila buat sendiri..hahahaa