Friday, May 4, 2012

ANGEL HAIR GORENG BEREMPAH PEDAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera..bersua lagi kita pada hari Jumaat yang indah..Lambat dapat bersiaran hari nii..banyak perkara yang hendak diuruskan walaupun badan agak keletihan.


Hari ni agak lewat jugak yana berlunch..xtau nak masak apa..tekak dah xberselera nak makan air tangan sendiri..hmm..mula lah jiwa kacau merintih rindukan air tangan mama kat kampung..  walaupun mama goreng telur dadar tapi kesedapannya tidak terkata..makan tetap bertambah.. sedapnyaaa ^__^

Untuk menghilangkan perasaan yg tengah kacau nii, yana masuk dapur..kelentang kelentung sambil menjerit2 kat Damia yang makin banyak ragamnyaa..siap jugak lunch yang xseberapa nii.. Syukur Alhamdulillah..habis dimakan dalam keterpaksaan ^__^



ANGEL HAIR GORENG BEREMPAH PEDAS

BAHAN-BAHAN:-

200 gm angel hair
150 gm daging kisar
3 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar*
1 biji tomato ( besar )* (dipotong dadu )
1/3 biji capsicum hijau* (* dipotng panjang ) ( yana xletak xde stok )
1/2 batang lobak merah - disagat kasar
1/2 sudu serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar - kurangkan jika x nak pedas sgt
1/2 sudu besar cajun
2 sudu besar sos cili
1 1/2 cawan air rebusan angel hair
1 biji telur - di pukul sedikit ( yana xletak )
Garam
Gula
Minyak
Daun sup - dihiris



CARA NAK BUAT:-
  1. Rebus angel hair sehingga lembut dan toskan. ( asingkan 1 1/2 cawan air rebusan )
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan daging kisar dan masak hingga bertukar warna putih. Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau. Goreng seketika.
  4. Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
  5. Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur. Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
  6. Masukkan angel hair dan juga air rebusan tadi ( tujuan dimasukkan air adalah untuk menghasilkan masakan yg sedikit basah dan tidak terlalu kering..boleh skip jika lebih suka pasta kering )
  7. Kacau gareng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan. Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.
* Daging cincang boleh digantikan kepada hirisan ayam.

Selamat Mencuba :-)

5 comments:

Mas said...

sedapp...sedappp..
kak mas pernah buat...
memang terbaikkkk la....

Chik Mimi said...

Aduhai kesian makyung tak lalu nak makan ,kalau dekat boleh tolong masakan

tun_telani said...

nmpk gaya kene blk kg jugak ni.. xpun tepon wat sedih2 sket suruh mak akak dtg. hihi.. blh x mcm tu. sure mak akak suka dtg main ngan cucu =) mmg x sama masakan emak kan. tun kalau blk kg mesti nk makan yg mama masak jugak. even cekodok mama buat pun lg sedap dr yg tun buat. hihi

Nuwairani said...

uuuwwwaaa! nani pun rindu nak makan yang mak masak! huhuh...sedih kan duk jauh2 ni...

nani dah lama tengok menu ni. tapi tak pernah buat. skrg baru topup stok lada hitam yang baru. satu botol besar ha...buleh try la kot pasni.

rahel said...

Salam Yana,
sukenya Rahel tengok menu ni..laparlah..terus macam nak sambar jer satu pinggan..hehe..